Terengganu, Malaysia

Beribu Pelarian Rohingya Melarikan Diri Ke Bangladesh

Rohingya refugees collect aid supplies including food and medicine, sent from Malaysia at Kutupalang Unregistered Refugee Camp

Beribu-ribu orang umat Islam Rohingya telah menyeberang ke Bangladesh sejak Myanmar mengumumkan peningkatan ketenteraan pada awal bulan ini, negeri Rakhine yang dilanda keganasan.

Pemimpin Rohingya di Bangladesh memberitahu agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 3,500 telah tiba ke kawasan pelarian beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia memberikan tekanan ke atas kem-kem di kawasan Bazaar Cox dekat sungai Naf yang membahagikan sempadan kedua-dua negara, yang sudah penuh sesak dengan pelarian.

Pelarian Rohingya tetap berbondong-bondong mencari perlindingan walaupun rondaan sempadan dan pantai dipertingkat oleh para pegawai Bangladesh.

Beribu Pelarian Rohingya Melarikan Diri Ke Bangladesh

Penguatkuasa Dhaka berkata, minggu ini mereka telah menghalau sebuah bot yang membawa 31 Rohingya, termasuk kanak-kanak.

“Dalam kem Balukhali sahaja, kira-kira 3,000 Rohingya tiba dari kampung mereka di Rakhine,” kata Abdul Khaleq, merujuk kepada sebuah kem yang terdekat sungai, di mana sebahagian besar pendatang tinggal ketika mereka mula-mula tiba.

Seorang pemimpin tua Rohingya di kem berdekatan Kamal Hossain, berkata hampir 700 keluarga telah tiba di Bangladesh dalam tempoh 11 hari yang lalu.

Katanya, ramai yang tidur di tempat terbuka kerana tidak banyak ruang yang tinggal di kem-kem tersebut.

Pada 12 Ogos, pihak berkuasa di Myanmar menghantar beratus-ratus tentera ke Rakhine sebagai usaha meningkatkan keselamatan.

Tindakan itu dikritik oleh pelapor khas PBB Yanghee Lee, yang memberi amaran penambahan askar itu menjadi suatu kebimbangan.

Beribu Pelarian Rohingya Melarikan Diri Ke Bangladesh

Rakhine, sebuah wilayah di utara Myanmar telah dicengkam oleh keganasan sejak bulan Oktober lalu, apabila lelaki bersenjata didakwa menyerang pondok polis.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa Myanmar dilaporkan bertindak keras terhadap masyarakat Rohingya, dipercayai oleh PBB boleh termasuk kepada pembersihan etnik kumpulan minoriti Islam.

Deen Mohammad, seorang lagi lelaki Rohingya yang memasuki Bangladesh pada 13 Ogos berkata, penduduk Islam di Rakhine tidak dibenarkan untuk melawat jiran tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada tentera.

Seorang petani berusia 45 tahun itu berkata, dia meninggalkan rumah bersama keluarganya selepas tentera membunuh anak lelakinya yang berusia 23 tahun kerana perjalanan ke sebuah kampung berdekatan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan