‘Berhutang Budi’ Kepada Assabiqun

498

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – PAS berhutang budi kepada veteran parti atau As-Sabiqun yang bekerja keras menyumbang tenaga, masa dan harta untuk membantu dalam setiap pilihan raya.

Penghargaan itu dinyatakan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang terharu, melihat kesungguhan para petugas peringkat kampung.

Katanya, usaha mereka banyak membantu sehingga gerakan Islam itu berjaya mencapai kemenangan.

“Tanpa pernah merasa penat lelah, saya amat terharu dan tak mampu membalas semua kerja buat bonda dan ayahanda semua,” luahnya sebak.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap pada program Tautan Kasih Sanjungan Budi di sebuah restoran di sini pada Selasa, 15 Februari.

Seramai 80 orang Assabiqun dan pesara kerajaan di raikan dalam satu majlis anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan itu.

Sementara itu, Timbalan YDP, Datuk Ahmad Amzad Hashim juga turut hadir, bersyukur kerana dapat ‘bertemu mata’ dengan ‘orang lama’.

“Alhamdulillah, suka dapat bertemu orang orang lama yang masih istiqimah dan banyak jasa pada hari ini” ujar beliau

Antara pemimpin yang bersama program itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu, Dato Tengku Hassan Tengku Omar, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Ladang, Ustaz Kamal Ali, Pengarah MTD Bandar, Ustaz Ahmad Shah.