Bergadai Nyawa Sampaikan Bantuan

166

Bergadai Nyawa Sampaikan Bantuan

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Dungun sanggup bergadai nyawa meredah banjir sepanjang bencana berkenaan melanda di Hulu Dungun.

Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Hanif Safwan Mansor berkata, tindakan itu bagi memastikan mangsa banjir tidak terputus bekalan makanan setelah jalan darat tidak boleh dilalui.

“Jabatan berkenaan merupakan hero kepada msyarakat walaupun tidak didendangkan.

“Mereka sehabis daya dan upaya membantu ketika sebelum banjir, ketika banjir, dan juga ketika pasca banjir berkhidmat tanpa mengenal penat.

“Melalui bot Jabatan Amal Malaysia telah bertindak menghantar 400 kilogram ikan, 400 kilogram ayam, juga bahan -bahan mentah yang lain ke Kawasan yang tidak boleh dilalui melalui darat seperti Kampung Rantau Panjang, Kuala Jengai, Kampung Minda dan juga Kampung Tepus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di sini pada Rabu 13 Januari.

Oleh kerana itu, Hanif Safwan berkata pihaknya sangat berterima kasih diatas segala usaha daripada semua pihak yang telah memberikan perhatian dan tiada putus-putus menyampaikan sumbangan.

“Boleh dikatakan seluruh jentera PAS di setiap Kawasan memberikan tumpuan sepanjang berlakunya banjir pada kali ini,samada ketika banjir dan selepas banjir.

“Saya sangat sebak dengan bantuan rakan jemaah, mereka bersekang mata mencurah tenaga untuk kesejahteraan DUN Bukit Besi,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, 100 anggota Jabatan Amal Kawasan telah dikerahkan bagi aktiviti pasca banjir di DUN Bukit Besi.

“Juga mendapat penyertaan daripada ‘Alternative Riding Club’ (ARC) Semoga dengan usaha membantu masyarakat ini diterima oleh Alllah dan diganjari pahala yang berterusan , kerana Allah menjadi matlamat kami didalam melakukan gerak kerja ini.

“Semuanya telah memberikan komitmen yang terbaik, kerahan dilakukan terhadap ahli tidak sampai 24 jam boleh dikumpulkan dengan begitu ramai menunjukan tahap kesiap siagaan mereka sentiasa berada didalam keadaan terbaik ,” ujarnya.