Terengganu, Malaysia

Bekas Mujahidin Afghan Kini Bersatu Di bawah Jamiat-i-Islah

Bekas Mujahidin Afghan Kini Bersatu Di bawah Jamiat-i-Islah

Bekas-bekas pejuang mujahidin Afghanistan yang berjaya menghalau keluar penjajah ‘Soviet Union’, kini tidak lagi berselisih faham dan sudah bersatu.

Majoriti mereka bergabung dan bergiat dalam kegiatan dakwah dan tarbiyah dibawah Jamiat-i-Islah, Afghanistan.

Pengerusinya, Naseer Ahmad Nawidy berkata, NGO yang dipimpinnya banyak melakukan aktiviti kebajikan bagi membantu rakyat Afghan membina kembali kehidupan mereka.
“Kami melakukan kerja-kerja kebajikan, mendirikan madrasah-madrasah rendah dan menengah dan juga sebuah universiti, iaitu Universiti Salam di Kabul,”ujarnya.

Naseer NawidyBeliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan meraikan delegasi Misi Kemanusiaan Bantuan Gempabumi Afghanistan di bangunan baru NGO tersebut di bandaraya Kabul.

Menututnya, untuk meluaskan capaian khidmat organisasinya, dua buah NGO ditubuhkan iaitu Humanitarian Assistance Soceity (HAS) dan Afghanistan Islamic Medical Association (AIMA).

Beliau berkata, Jamiat-i-Islah juga mempunyai ‘sayap’ politik yang ditubuhkan bagi menangani isu-isu politik dalam negara itu.

Ditanya adakah organisasi beliau berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya Afghanistan beliau berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan.

“Pada pilihan raya yang lepas, kita tidak mencalonkan mana-mana individu unyuk bertanding merebut mana-mana kawasan parlimen atau pun kawasan peringkat wilayah dan juga pilihan raya presiden,

“sehingga kini pilihan raya Afghanistan adalah pilihan raya yang disertai oleh individu, bukannya oleh parti-parti politik,”jelas beliau.

Beliau berkata huhungan mereka dengan PAS di Malaysia bukannya baharu, bahkan ramai antara Ahli-ahli Jawatnkuasa Pusat Jamiat-i-Islah yang masih mengingati al-marhum mantan Presiden PAS, Dato’ Fadzil Noor.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan