Baru Turun Dua Kali Dalam Air Sudah Kena Tarik

4159

Zaman sekarang banyak benda payah nak sembunyi. Orang bukan setakat boleh ambil gambar, malah boleh buat live video terus.

Tentunya gambar dan video bas dua alam kena tarik dalam air jadi bahan gurauan khalayak. Tak ada siapa boleh sekat. Alam maya tiada sempadan.

Polemik bas dua alam ini terlalu menimbulkan banyak persoalan. Lewat tibanya memakan masa bertahun. Kosnya terlalu tinggi. Janji dua buah, tapi yang sampai hanya sebuah sahaja.
Belum lagi kita bercakap soal nak guna untuk apa.

Tapi yang jelasnya bila tersebar gambar dan video, baru dua kali saja turun dalam air, makhluk amfibia ini sudah perlu ditarik untuk naik ke darat, ia menghakis kepercayaan orang ramai untuk cuba menaikinya. Kita pun tak tahu apa cerita sebenar yang berlaku. Tapi anak lelaki saya di tahun dua cakap, bila kena tarik maknanya rosak!

Tak percaya cubalah buat survey, berapa orang rakyat Terengganu yang berminat nak naik. Survey tersebut buat di kalangan ahli dan penyokong Umno saja. Tak perlu tanya orang PAS. Bimbang nanti PAS pula yang dipersalahkan.

RM3j yang dilaburkan untuk bas amfibia ini perlu dipastikan pulangannya untuk negeri. RM100j pun kita tak kisah kalau memang ada manfaatnya untuk rakyat.

Umno Terengganu sedar atau tidak bahawa pemimpin mereka sedang menjadi bahan ketawa dan gurauan. Kita turut bersimpati.

Dr Azman Ibrahim