Bantahan Hari Tanah; Dua Warga Palestin Gugur

1745

Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh orang lain cedera apabila bertempur dengan tentera Israel pada demontrasi sempena Hari Tanah, hatri ini 30 Mac.

Perarakan yang disertai oleh beribu-ribu warga Palestin, berada dekat sempadan Gaza dengan Israel adalah permulaan bantahan damai ‘Great March Of Return’

Menurut satu kementerian kesihatan Palestin, Mohammed Najjar, 25, ditembak di perut dalam pertempuran di timur Jabalia di utara Jalur Gaza manakala Amin Mahmoud Muammarin, 38, ditembak mati di Rafah.

Terdahulu, seorang petani berusia 31 tahun dari Gaza, Omar Samour, juga dibunuh oleh tembakan artileri Israel ketika berdiri di tanahnya berhampiran Khan Yunis, hanya beberapa jam sebelum demonstrasi.

Menurut kenyataan Bulan Sabit Merah, Ssekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin juga cedera selepas tentera Israel melepaskan peluru hidup pada penunjuk perasaan dan menggunakan gas pemedih mata untuk mengusir mereka dari pagar sempadan.

Demonstrasi Hari Tanah itu juga memperingati peristiwa pada 30 Mac 1976, ketika enam warga Palestin Israel dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel ketika protes atas penyitaan tanah mereka.

Penunjuk perasaan di Gaza telah berkumpul di tempat yang berbeza di sepanjang sempadan, dengan jumlah yang lebih kecil bertebaran, berdiri beberapa ratus meter dari pagar sempadan.

Tentera Israel mengerahkan lebih dari 100 penembak tepat di sebelah wilayahnya dengan keizinan menembak oleh, Ketua Tentera rejim, Gadi Eizenkot.

Bantahan ‘Great March Of Return’ protes selama enam minggu juga adalah tindak balas terhadap perasmian kedutaan AS baru di Jerusalem yang dijangka berlangsung sekitar 14 Mei.