Bantah Trump, Turun Beramai-ramai

33

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Besut menzahirkan bantahan tegas terhadap kehadiran Trump ke Malaysia dan telah membuat kerahan turun beramai-ramai.

Ketua Penerangan PAS Besut, Nik Mazli Mat Yusof menyifatkan Trump mencemarkan imej Islam dan mengkhianati perjuangan rakyat Palestin.

“Untuk Besut kita dah buat kerahan khusus kepada ahli dan orang ramai hadir bagi membantah kehadiran Trump ke bumi Malaysia,

“Kehadiran Trump ke bumi Malaysia amat mengecewakan. Dia adalah kepala segala kejahatan yang berlaku di bumi Palestin,” tegasnya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, tidak ada gunanya laungan bantahan dan boikot rakyat terhadap kekejaman Israel sedangkan PMX sendiri seperti dahaga megundang bapa kekejaman datang sebagai tetamu terhormat.

Menurutnya, tindakan ini mengundang individu yang jelas berpihak kepada rejim Zionis memberi isyarat salah kepada dunia Islam, malah boleh mengikis keyakinan terhadap pendirian Malaysia sebagai negara yang menyokong perjuangan Palestin.

“Rakyat malaysia perlu peka tentang perkara ini dan wajib kita menolak kedatangan trump ke negara kita,” jelansnya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dan Besut khususnya turun menyertai himpunan aman yang dijadual diadakan pada 24 Oktober ini di Menara Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.