Banjir Terburuk Chennai Menjadi Rahmat

1321

Seorang Jurutera Muslim bernama Younus dari Kolej Kejuruteraan Crescent telah menjadi tajuk berita dalam akhbar Tamil kerana beliau mempertarungkan nyawanya, bagi membantu untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Dia berenang dan menyelamatkan seorang wanita bukan Islam dari tempat yang berbahaya terkandas dan bergerak dia ke tempat yang selamat.

Younus_-chennai-flood-_saviourWanita itu mengalami sakit buruh pada masa dan dengan rahmat Allah dapat melahirkan bayinya itu dengan selamat.

Sebagai tanda terima kasih kepada Younus untuk menyelamatkan nyawa mereka, Mohan dan Chitra ibu bapa berugama Hindu yang tinggai di Chennai, Tamil Nadu India itu, telah menamakan anak mereka yang baru lahir dengan nama Islam ‘Younus’.

Itu adalah satu kisah antara ribuan lagi cerita tentang banjir buruk yang melanda bandaraya dan wilayah tersebut pada minggu lalu.

Seorang lain yang berbangsa Hindu, yang bermusuh dengan orang-orang Islam sebelum ini telah mencatatkan dalam laman sosial mereka, “Kami tidak bersedia untuk memberi rumah kita untuk disewa kepada umat Islam di kawasan-kawasan kami”.

mosque shelter chennai flood1 (3)“Hari ini umat Islam membuka masjid mereka dan memberikan kami tempat tinggal. Saya sangat berharap masjid Babri tidak dirobohkan, ia akan membantu kami untuk bencana lain (pada masa hadapan,”tambahnya.

Seorang warga yang lain, Sankara Rama Bharathi menyifatkan hujan lebat dan banjir yang buruk melanda kawasan terbabit sebagai ‘hujan kemanusiaan’.

Sankara menulis, seorang Ibu berugama Hindu yang baru sahaja menjemput anaknya dari sebuah masjid menceritakan, bagaimana beliau dan anaknya telah berlindung di masjid itu selama bencana yang dianggap terburuk itu, yang menenggelamkan hampir keseluruhan Chennai.

“Saya berasa selamat dan juga melihat bagaimana umat Islam bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan mereka dari belakang (dalam masjid),
“kami semua juga berdoa kepada Allah pada masa itu,”ujarnya lagi.

mosque shelter chennai flood1 (2)Katanya, hujan itu telah membanjiri bandar dan manusia, ramai orang kita (Hindu) melepaskan diri daripada perangkap kematian pada hari-hari tersebut.

Pada zaman berbahaya seperti ini, tulisnya, media popular kami telah membuat kita percaya bahawa penyelamat adalah wira-wira tindakan seperti Arjun, Sarath Kumar dan Vijayakanth dan penjahatnya adalah pemuda muslim yang berjanggut.

“Tetapi hari ini, saya menyaksikan bahawa belia Islam berjanggut telah bertebaran di seluruh liku dan sudut bandar dan telah dengan beraninya menceburi bidang (mencari dan menyelamat) di mana pentadbiran kerajaan dan tentera telah teragak-agak,

mosque shelter chennai flood4“Saya dapat melihat pemuda ini menyelamatkan mana-mana lelaki yang menjadi mangsa, wanita, kanak-kanak serta orang tua yang berumur, menarik keluar mayat dan mengedarkan makanan.

“Seperti saya yang duduk dan berlindung di masjid hari ini, saya memohon keampunan daripada Allah kerana banyak kali percaya bahawa anak-anak muda (muslim berjanggut) yang berhati baik itu adalah pengganas,”tambahnya.

Hujan dan banjir yang melanda Chennai dan Tamil Nadu serta kawasan sekitarnya adalah rahmat dengan iklan yang disebarkan dimerata tempat berbunyi, “semua yang terjejas kerana hujan dan banjir, sila datang ke masjid – Ini adalah Kemanusiaan”.

“bukan pegawai kerajaan atau ahli politik yang telah melawat kami semasa hari-hari hujan melanda dan berlalu,
“(sebaliknya) beberapa orang yang tidak dikenali mengetuk pintu kami semalam dan memberi kami makanan. Saya tidak pernah melihat orang-orang Islam sebelum ini,”tulis seorang warga yang lain.

chennai_airportBanjir di Chennai telah melumpuhkan bandaraya tersebut apabila beribu-ribu orang telah tersangkut di lapangan terbang antarabangsanya, apabila keseluruhan kawasan pendaratan dan pelepasan kapal terbang ditakungi air, bahkan puluhan pesawat yang tenggelam dalam banjir.

Bencana yangditurunkan oleh Allah, mengancam kehidupan manusia, sebaliknya merupakan hikmah yang paling besar, menjernihkan persepsi dan sikap prejudis orang-orang Hindu di India terhadap orang-orang Islam dan masyarakat Islam seluruhnya!