Bandaraya New York Namakan Jalan Manhattan Sebagai Jalan Muhammad Ali

957

New York telah menamakan semula buat sementara waktu ‘33rd Street’ untuk menghormati Allahyarham Muhammad Ali, kepada nama jalan Muhammad Ali.

Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan bahawa West 33rd Street bersebelahan dengan Madison Square Garden akan dinamakan semula buat sementara waktu untuk peninju legenda Muhammad Ali, yang meninggal dunia pada Jumaat lepas pada usia 74.

“Muhammad Ali adalah juara, aktivis dan mengisytiharkan diri sebagai ‘greatest,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio.

“Sepanjang hidupnya dia menghidupkan geleran itu berkali-kali dan hari ini, kita membayar penghormatan kepada orang itu di tengah-tengah bandaraya in.

“Ali tidak pernah berundur dari perjuangan di dalam atau di luar gelanggang, dan kerana Arena Paling Terkenal di Dunia oernah menjadi tuan rumah beberapa perlawanan besar Muhammad Ali dalam gelanggang, termasuk ‘Pertembungan Abad’ ini terhadap Joe Frazier pada tahun 1971, dia layak penamaan penghormatan ini dan banyak lagi. “tambah Bill de Blasio

Jurucakap Madison Square Garden berkata, Muhammad Ali adalah salah seorang tokoh besar kepada Madison Square Garden.

Lapan perlawanan di Arena Paling Terkenal di Dunia, termasuk epik, 1971 ‘Pertembungan Abad Ini’ terhadap legenda Joe Frazier yang membantu mengukuhkan reputasinya sebagai salah satu pejuang terhebat sepanjang masa.

Beliau menyumbang kepada warisan berkekalan kkawasan itu sebagai pusat tinju dunia.