Bandaraya Kuala Terengganu Dilanda Banjir Kilat

209

KUALA TERENGGANU – Banjir kilat melanda beberapa kawasan di pusat bandaraya ini ekoran hujan lebat yang turun sejak petang semalam.

Jalan utama di Kuala Ibai, hadapan masjid Tengku Tengah Zaharah dilaporkan ditutup kepada kenderaan ringan, pada tengah malam semalam kerana dinaiki air.

Setiausaha PAS Kuala Terenggauu Ustaz Mohd Soud Said, yang berada di lokasi telah memuat naik satu video kejadian tersebut pada aplikasi Whatsapp kira-kira jam 10 malam Rabu, 2 Disember.

“laluan terpaksa ditutup di Kuala Ibai ini kerana air telah memenuhi jalan dan tidak boleh dilalaui oleh kenderaan,” jelasnya.

Sementara itu, Bilik Gerakan Banjir Terengganu pagi ini 3 Disember melaporkan, sebanyak 11 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka berikutan bah yang melanda.

Daerah Kuala Nerus, tiga PPS dibuka iaitu Masjid P.Redang, SK Tok Jembal dan SK Kompleks Seb. Takir melibatkan 22 keluarga dan 96 mangsa.

Daerah Marang hanya sebuah PPS yang dibuka di SK Rusila yang telah memindahkan 42 keluarga dan 156 mangsa.

Manakala di Daerah Kemaman sebanyak dua PPS, di SK Kemasik dan SK Penngklan Ranggon melibatkan 24 keluarga dan 73 mangsa.

Keseluruhan negeri ini, menurut laporan tersebut, sebanyak empat daerah telah terjejas akibat bencana alam itu dengan Sembilan buah PPS dibuka, memindahkan 124 keluaga melibatkan 439 mangsa