KUALA TERENGGANU – Semua wakil rakyat PAS bersepakat menamakan Bajet 2017 bagi negeri Terengganu sebagai ‘Bajet Gula-Gula Pilihanraya’ kerana kandungannya banyak bertumpu memancing rakyat agar terus menyokong Umno.


“Bajet yang telah dibentangkan beberapa tahun melebihi dua billion, tahun ini mengucup RM1.7 billion.
“Tapi kita masih lagi……bajet orang panggil sebagai manisan kepada rakyat, bajet persiapan untuk pilihanraya,”tegas beliau.
Wakil Paka itu menambah, isu lebih penting seperti pendidikan, kurang dititikberatkan.
Beliau berkata sepatutnya bajet itu lebih kepada penyelesaian masalah rakyat seperti isu harga barang, cukai GST dan ssebagainya.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak pula melihat peruntukan kepada ekonomi rakyat terlalu sedikit hanya kira-kira RM77 juta berbanding dengan peruntukan sosial terutamanya bayaran ‘one off’ sebanyak RM660 juta.


Manakala wakil Bukit Payong pula, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mengkritik bajet 2017 kerana hanya sekarang, kerajaan ‘baru cuba’ menggunakan konsep perbelanjaan berhemah walaupun sudah lama didesak PAS.
Beliau memberikan contoh simpanan wang royalti jika diasingkan sebahagiannya bagi membayar hutang dan simpanan ketika keadaan ekonomi gawat, sedikit sebanyak akan membantu kerajaan mengurus negeri dengan lebih efisyen.
Hutang negeri Terengganu kepada kerajaan Pusat pada tahun lalu berjumlah hampir RM1 billion.
“PAS sudah semenjak dahulu lagi mendesak kerajaan Umno agar tidak digunakan sewenang-wenangnya wang royalti itu supaya menjadi simpanan di masa kegawatan ekonomi.


Beliau turut kesal dengan amalan bajet yang mengutamakan bayaran ‘one off’ kepada J3K yang pada pandangan beliau, sepatutnya peruntukan hanya dikeluarkan apabila justifikasi program dimaklumkan oleh J3K terlebih dahulu.
J3K didalam Bajet 2017, telah diberi peruntukan sebanyak RM5 ribu bagi 991 J3K di Terengganu, yang menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan ini sebanyak RM5 juta.
Untuk rekod, Bajet 2017 bagi Negeri Terengganu adalah bajet defisit sebanyak 10 peratus.
Sidang Dun Terengganu bermula hari ini 21 November sehingga Khamis ini 24 November.
https://youtu.be/BCinyiPZS_Y




























