Oeh : Nasrun Abdullah
Hari Isnin, jam 4 pagi, 21hb November 2016, seorang anak muda berumur 22 tahun, yang menghidap penyakit kanser tulang telah kembali menemui Pencipta.


Walaupun baru sahaja mengenali antara satu sama lain, kebetulan menziarahi arwah pada 18 Oktober lalu, ketika melaksanakan program bersama Skuad Cakna Masyarakat (SCM), Hulu Terengganu.
Arwah Hanafi atau nama penuhnya Muhamad Hanafi bin Abu Jamrah yang tinggal di Felcra Bukit Kapah, Kuala Berang, merupakan anak ke tujuh daripada 12 orang adik beradik.


Menghidap sakit kanser tulang sejak setahun lalu, beliau sentiasa berulang-alik menjalani rawatan kimoterapi setiap bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Bermula dari ziarah tersebut, Ustaz Faizul yang juga merupakan anggota Pusat Rawatan Darussyifa mengambil peluang ‘meruqyah’ Hanafi.
Walaupun baru sejenak mengenali arwah, Ustaz Faizul yang juga adalah Setiausaha SCM, mengiringi Hanafi dan ibunya mendapat rawatan di Hospital Kubang kerian pada 2hb November dan pada kali ini SCM mendapatkan bantuan ambulan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) kerana keadaan arwah ketika itu agak tenat.


Dengan tidak sekali-sekali menjangka pemergian bersama mereka kali itu adalah permusafiran ‘kekal’, perjalanan terahir kepada kehidupan Hanafi di muka bumi Allah ini.
Allah lebih menyayangi beliau!
Jenazah Hanafi yang disolatkan di rumah beliau dan diimamkan oleh Ustaz Faizul.
Semoga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh di sana…….





























