KUALA TERENGGANU – Sempena penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia, PAS menyeru kepada umat Islam untuk membaca Qunut Nazilah selama seminggu dalam solat mereka.
Timbalan Pengerusi II Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, bagi mendoakan kebinasaan ke atas Zionis-Negara Haram Yahudi dan sekutunya.
“serta bagi mendoakan keamanan dan keselamatan bagi Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin (kerana) penutupan dan sekatan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Israel sejak minggu lalu yang berlanjutan sehingga sekarang,

“(ia) adalah suatu tindakan yang jelas melanggari undang-undang antarabangsa, bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat dan mencabuli hak kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh setiap orang,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, adalah menjadi hak umat Islam untuk memakmurkan Masjid Al-Aqsa sebagaimana penganut Yahudi membuat upacara keagamaan di dalam ‘synagogue’ dan penganut Kristian beribadat di dalam gereja dengan aman.
“Tambah-tambah lagi, Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya adalah tapak suci milik umat Islam. Zionis-Negara Haram Yahudi sebenarnya adalah penjajah tanah Palestin yang patut berambus darinya,” tegas beliau.

Pada hari Khamis, Hamas memberi amaran kepada Israel agar tidak melintas ‘garis merah’ di perkarangan Masjid al-Aqsa, ketika demonstrasi hari kedua di Semenanjung Gaza berlangsung terhadap rejim tersebut.
Ketua Hamas Ismail Haniyeh berkata, tindakan itu adalah langkah menunjukkan solidariti bersama warga Palestine berhampiran Batul Maqdis yang meneruskan bantahan terhadap langkah-langkah keselamatan baru di tempat suci itu.
“Untuk musuh Zionis saya mengatakan secara terbuka dan jelas…….Masjid al-Aqsa dan Jerusalem ialah garis merah. Sesungguhnya mereka (sempadannya) adalah ‘garis merah,
“Untuk musuh saya katakan, polisi penutupan dan pengenaan hukuman anda kolektif terhadap penduduk Jerusalem dan tempat-tempat suci kesucian tidak akan diterima.” ujarnya.

Dalam perkembangan di Palestin, berpuluh-puluh warganya telah cedera hari ini apabila pertempuran meletus dengan polis Israel di luar Masjid Al-Aqsa di Jerusalem.
Pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, lima telah dibawa ke hospital dan yang lain dirawat di tempat kejadian.
Saksi berkata, polis Israel melepaskan peluru getah, bom asap dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan selepas solat Jumaat.
Terdahulu, beribu-ribu jemaah Islam berkumpul di jalan-jalan Jerusalem Timur yang diduduki Israel untuk menunaikan.
“Ini adalah tidak lebih daripada satu pembohongan secara terang-terangan bahawa Israel menghormati kebebasan beragama dengan membenarkan jemaah ke dalam masjid,
“Rakyat Palestin hanya datang untuk solat jumaat … Mereka datang dengan tangan mereka kerana apabila anda datang untuk solat anda tidak mempunyai apa-apa hak untuk membawa apa-apa senjata maut.
“Semua penduduk di sini adalah orang awam yang tidak bersalah,” kata Zidane Johan, seorang guru sekolah tinggi di Jerusalem.










