Assad Sudah Tidak Ada Masa Depan – EU

1564

Presiden Bashar al-Assad tidak mempunyai masa depan dalam pasca konflik Syria tetapi nasibnya akhirnya terpulang kepada rakyat Syria.

Para Menteri Kesatuan Eropah (EU) berkata demikian hari ini sebagai tindak balas kepada perubahan ketara dalam dasar luar Amerika Syarikat.

Pada minggu lepas Washington memberi isyarat bahawa, ia tidak lagi akan memberi tumpuan kepada penyingkiran Assad kerana ia tertumpu kepada perjuangan yang lebih luas terhadap kumpulan pengganas seperti IS.

Ditanya apakah ini bermakna pernyataan tersebut akan menjadi dasar EU, Ketua Blok Hal Ehwal Luar Federica Mogherini berkata, beliau percaya ia adalah mustahil untuk kembali kepada ‘status quo’ di Syria.

Katanya, selepas hampir tujuh tahun berperang, ia seolah-olah benar-benar tidak realistik untuk mempercayai bahawa masa depan Syria akan betul-betul sama seperti di masa lalu.

“Tetapi ini adalah terpulamg kepada warga Syria untuk membuat keputusan, yang jelas … apa-apa penyelesaian yang boleh diterima oleh semua rakyat Syria, kami akan menyokongnya,” kata Mogherini sebaik tiba untuk mesyuarat menteri luar EU di Luxembourg.

Menteri-menteri luar kemudian menyokong kenyataannya dan menegaskan, tidak ada keamanan yang berkekalan di Syria di bawah rejim semasa.

Seramai 13.5 juta rakyat Syria kini memerlukan bantuan kemanusiaan di Syria manakala lima juta lagi telah mencari perlindungan di negara-negara jiran, seperti Turki dan negara-negara serantau yang lain.

Mogherini yang menjadi tuan rumah bersama PBB menganjurkan persidangan dua hari mengenai masa depan Syria di Brussels, tertumpu kepada situasi kemanusiaan yang buruk di negara itu selepas perang yang meragut lebih 320,000 nyawa.

Mogherini menegaskan persidangan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menyediakan persiapan yang rapi menghadapi akhir perang Syria.

Manakala perundingan tajaan PBB di Geneva dengan perdamaian yang diusahakan oleh Rusia dan Turki rundingan diteruskan, antara Damsyik dan pemberontak melaui gencatan senjata.