Assad Akan Diadili Sebagai Penjenayah Perang, Kata Perancis

1521

Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault berkata pada Khamis bahawa “akan datang harinya apabila keadilan antarabangsa membuat keputusan keatas Bashar al-Assad yang membunuh beramai-ramai rakyatnya sendiri.”

Sekurang-kurangnya 86 orang terbunuh pada hari Selasa dalam kawasan dikuasai pemberontak Khan Sheikhun di utara Syria ketika serangan disyakki senjata kimia yang menyebabkan orang ramai tercekik dan berbuih mulutnya.

Perancis sekali lagi melakukan usaha untuk sebuah resolusi di PBB bagi mengutuk serangan yang dipersalahkan oleh Barat ke atas rejim Assad.

Namum Ayrault tidak optimis selepas perbincangan pertama pada hari Rabu di badan antarabangsa dunai itu.

“Ia sukar kerana sehingga kini setiap kali kita telah dibentangkan resolusi, terdapat veto oleh Rusia dan kadang-kadang oleh China … tetapi kita perlu bekerjasama,

“kerana kita perlu untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini,” katanya.

Moscow, yang melancarkan campur tangan ketenteraan pada tahun 2015 untuk menyokong pasukan Assad, telah mempertahankan kerajaan Syria terhadap tuduhan ia bertanggungjawab terhadap serangan itu.