Asrama Nasr; Pusat Rawatan Pemulihan Mangsa Perang Yaman

2300

Ma’rib, YAMAN – Warga Yaman yang terjejas teruk akibat peperangan amat memerlukan sokongan dan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan.

Screenshot (432)Menurut Pengarah Penempatan Orang-Orang Cedera Dr. Fath Al-Qadsi, dana sangat diperlukan terutamanya bagi mengurus dan menyelenggarakan ‘Asrama Nasr’ di sini, satu pusat yang menempatkan mangsa terbabit, dari seluruh negara itu.

Katanya, rumah perlindungan itu menyediakan perkhidmatan rawatan susulan bagi mereka yang luka parah, selepas keluar dari hospital disebabkan peperangan.
“Mereka masuk ke asrama ini selepas mereka selesai pembedahan di Hospital Besar Ma’rib,”

“Kami menerima pesakit-pesakit untuk menyempurnakan rawatan mereka sehingga mereka sihat dan kembali ke tempat-tempat mereka,”jelas beliau.

lawatan AnnsrBeliau berkata demikian kepada Aktivis Media KAMI Syed Solahuddin Hassan ketika kunjungan delegasi Misi Kemanusiaan ‘Yemen Care’ Kali Kedua di wilayah yang bersempadan dengan Ibu Negara, Sana’a.

Beliau berkata, selain meneyediakan makan dan tempat tinggal, asrama itu juga sokongan moral dan kelas-kelas kemahiran bagi mereka, agar dapat menjalankan kehidupan, selepas keluar dari situ.

“Kami telah melaksanakan pelbagai khidmat dan memberikan kemudahan, antaranya ialah menyediakan tempat berlindung yang sesuai untuk diduduki,

“asrama bagi para petugas dengan keperluan secukupnya, seperti tilam, dan lain-lain,“katanya

WhatsApp Image 2016-12-30 at 10.08.57 AMOleh itu, bagi memenuhi keperluan akan datang, beliau berkata, pusat itu perlu menaik taraf kantin utama, mewujudkan farmasi dan stor ubat-ubatan bagi penghuninya.

Katanya, pembangunan sebuah masjid yang lebih sempurna juga diperlukan di kawasan asrama itu dan bagi kemudahan beribadah kepada penduduk sekitarnya.

“Adapun sekarang kami menghadapi kesesakan yang teruk dari kalangan pesakit-pesakit yang memerlukan tempat rawatan yang selayaknya, antara juga mereka ada yang cacat yang memerlukan asrama yang khusus,

“di mana ia mungkin tempat yang sesuai kepada mereka untuk untuk memberi bimbaningan dan sokongan yang lebih baik,”tambah beliau.

bantuan makanan Yemen Care1Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Yemen Care kerana telah menziarahi mereka dan pesakit-pesakit, pada Misi Kemanusiaan tahun ini.

Beliau turut mendoakan,agar Allah melimpahkan ganjaran kepada NGO tersebut dan seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang kepada misi kali kedua itu.

Sementara itu, Ketua Media dan Publisiti Yemen Care Abdul Rahman Che Mat berkata, agihan sumbangan rakyat Malaysia berbentuk makanan keperluan harian telah disempurnakan sebahagiannya di Wilayah Ma’rib.

c5b46c0d-115a-4e73-8526-6dc00359a4ff“delegasi Misi telah mengunjungi bandar Ma’rib (dalam wilayah Ma’rib)……….mereka terdiri daripada 100 buah keluarga yang mana sumber makanan ditempat mereka adalah sangat terhad,

“Mereka juga memerlukan pakaian sejuk kerana pada ketika ini mereka berhadapan dengan musim sejuk……saya merayu kepada semua, agar dapat membantu………bantulah mereka walau dengan sumbangan RM10, melangit nilainya buat mereka,”ujarnya.

Katanya, sumbangan saudara-saudari boleh di salurkan terus melalui akaun YEMENI CARE No.8602269245 (Islamic CIMB Bank) dan akan terus disampaikan kepada yang memerlukan di sini.