AS Desak PA Terima Rancangan Kekang Kumpulan Bersenjata Palestin

172
Kumpulan bersenjata pejuang Palestin muncul di Tebing Barat

Diplomat tertinggi Amerika Syarikat, Antony Blinken, telah memberi tekanan kepada Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mengekang kumpulan bersenjata Palestin yang baru muncul di Tebing Barat.

Sumber memberitahu, Mahmoud Abbas digesa kononnya untuk “mendapatkan semula kawalan” Jenin dan Nablus di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut satu laporan, AS meletakkan tanggungjawab keganasan yang semakin meningkat di wilayah di Palestin, kepada para pejuang, walaupun serangan berterusan Israel yang telah membunuh sekurang-kurangnya 200 orang pada tahun lepas.

Menurut laporan itu, yang diterbitkan pada hari Rabu, rakyat Palestin ragu terhadap rancangan yang dikemukakan mengenai Israel akan mengurangkan serbuannya di Tebing Barat.

Laporan itu berikutan lawatan Blinken ke Timur Tengah awal minggu ini, bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kemudian Mahmood Abbas di bandar Ramallah Tebing Barat.

Kedua-dua pertemuan itu berlangsung di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Israel dan Palestin selepas tentera rejim membunuh sembilan rakyat Palestin
di kem pelarian Jenin Khamis lalu.

Semasa serbuan terkini tentera zionis, seorang lagi lelaki meninggal dunia akibat kecederaannya pada hari Sabtu.

Konfrontasi itu membawa kepada beberapa jam pertempuran sengit di mana seorang wanita warga emas turut kehilangan nyawanya.