AP Israel Dilucut Hak kerana terlibat dengan Freedom Flotilla

763

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/HANIN-ZOABI.jpgParlimen Israel melucutkan tiga hak keistimewaan ahli parlimen dari parti bangsa Arab, parti Balad, Hanin Zaobi (gambar kiri) kerana terlibat dengan misi kemanusiaan Freedom Flotilla.

Paspot diplomatik Hanin, 41, telah dibatalkan selain hak tuntutan untuk pembayaran sebarang kes mahkamah dan kebebasan untuk keluar masuk dari negara itu.

Tiga puluh empat orang ahli parlimen Israel telah menyokong usul tersebut, 16 membantah manakala 70 orang berkecuali (tidak mengundi).

Hanin yang sering memperkenalkan dirinya sebagai seorang warga Palestin di depan khalayak, dituduh bersimpati kepada musuh-musuh Israel.  

Hanin menyifatkan tindakan tersebut ada ‘rasis’ dan menuduh parlimen Israel telah mencabuli hak peribadinya dan hak-hak minoriti arab di Israel.

Seramai sembilan warga Turki telah syahid dibunuh oleh komando Israel semasa serang dilakukakn ke atas ‘Frededom Flotilla’ kapal membawa bantuan kemanusiaan yang cuba memecahkan sekatan Israel.

Israel telah memberi amaran akan mengambil rindakan ke atas meana-mana kapal yang menghampiri Gaza yang disekat sebarang hubungan dengan dunia luar sejak Hamas mengambil pemerintahan pada Julai, 2007.

Pada 13 Julai, Selasa, pihak berkuasa Israel telah menahan sebuah sebuah kapal dari Libya telah disekat ketika menghampiri perairan palestin.

Pada masa yang sama, sebuah kapal Moldova sepanjang 92 meter yang mmbawa bantuan kemanusiaan terpaksa berpusing ke Mesir kerana diberi amaran oleh tentera Israel