Pakar Perubatan berpangkalan di Washington DC bagi Tanggungjawab Sosial (Physicians for Social Responsibility – PRS) mengeluarkan satu kajian penting pada bulan Mac lepas.
Laporan itu menyimpulkan angka kematian daripada 10 tahun “Perang ke atas Keganasan” sejak serangan 9/11 adalah sekurang-kurangnya 1.3 juta, dan boleh mencapai setinggi 2 juta.


Pemerhati Timur Tengah (Middle East Eye), laporan itu telah oleh hampir keseluruhan media berbahasa Inggeris, walaupun ia merupakan usaha pertama oleh organisasi kesihatan awam yang terkemuka di dunia untuk menghasilkan pengiraan saintifik yang mantap daripada bilangan orang yang dibunuh oleh Amerika Syarikat dan British.
Laporan itu tela menjalankan kajian kritikal terhadap anggaran jumlah kematian sebelum ini diakibatkan ‘perang terhadap keganasan’. Ia adalah sangat penting daripada angka yang paling banyak dilaporkan oleh media arus perdana yang berwibawa, iaitu, Kiraan Badan Iraq (IBC) yang menganggarkan 110,000 orang telah menjadi mangsa.
Angka itu diperolehi daripada mengumpul laporan media keatas pembunuhan orang awam, tetapi laporan PSR itu mengenal pasti jurang yang serius dan masalah metodologi dalam pendekatan diambil.


Menurut kajian PSR, kajian Lancet yang amat dipertikaikan bahawa anggaran 655,000 kematian di Iraq sehingga 2006 (dan lebih daripada satu juta sehingga hari ini oleh ekstrapolasi) itu mungkin jauh lebih tepat daripada angka dikemukakan IBC. Malah, laporan itu mengesahkan kata sepakat maya antara epidemiologi pada kebolehpercayaan kajian Lancet itu.
Kes Iraq
Perang ke atas Iraq tidak bermula pada tahun 2003, tetapi pada tahun 1991 dengan Perang Teluk pertama, yang diikuti dengan rejim sekatan PBB.
Satu kajian awal PSR oleh Beth Daponte, kemudian oleh Biro Banci Demografi kerajaan AS, mendapati bahawa kematian di Iraq disebabkan oleh kesan langsung dan tidak langsung dalam Perang Teluk pertama berjumlah kira-kira 200,000 orang rakyat Iraq, kebanyakannya orang awam. Sementara itu, kajian dalaman kerajaan oleh Beth Daponte telah ditindas.


Dalam kertas kerjanya untuk Persatuan Ilmuan Pembunuhan Beramai-ramai di Universiti Manitoba, (Association of Genocide Scholars at the University of Manitoba) Profesor Nagi menjelaskan bahawa dokumen DIA mendedahkan ‘butiran minit suatu perincian kaedah yang digunakan sepenuhnya untuk merendahkan sepenuhnya sistem rawatan air, sebuah negara keseluruhan’ dalam tempoh satu dekad.
Dasar sekatan akan mewujudkan ‘keadaan penyakit yang meluas, termasuk wabak skala penuh, dengan itu ‘mencairkan’ sebahagian besar daripada penduduk Iraq.
Ini bermakna bahawa di Iraq sahaja, perang yang diketuai AS antara 1991-2003 membunuh 1.9 juta rakyat Iraq; kemudian dari 2003 dan seterusnya sekitar 1 juta: menjumlahkan bahawa 3 juta rakyat Iraq mati dalam lebih dua dekad.
Kes Afghanistan


Seorang pakar biokimia bersara Polya dari La Trobe University di Melbourne, menyimpulkan bahawa jumlah kematian Afghanistan yang boleh dielakkan sejak 2001 di bawah perang serta penaklukan berterusan AS ke atas negara itu menyebabkan kira-kira 3 juta orang terbunuh dan kira-kira 900,000 daripada mereka adalah bayi bawah lima tahun.
Seperti Iraq, campur tangan AS di Afghanistan bermula lama sebelum 11/9 dalam bentuk ketenteraan rahsia, bantuan logistik dan kewangan kepada Taliban bermula sekitar 1992 dan berlanjutan. Bantuan AS ini menggerakkan penaklukan Taliban kepada hampir 90 peratus daripada wilayah Afghanistan.


Oleh itu, ini menunjukkan bahawa jumlah angka kematian Afghanistan kerana kesan langsung dan tidak langsung campur tangan yang diketuai AS sejak awal tahun sembilan puluhan hingga kini boleh mencecah 3 hingga 5 juta.




























