Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri ‘Dunia Baru’, Anita Baharom mendedahkan yang dia kini berasa lebih tenang selepas mengenakan tudung semenjak beberapa bulan yang lalu.
“Hati saya tergerak untuk mengikut sekali suami saya ke sana. Tujuan saya bukanlah hendak ‘kacau’ suami menjalani penggambaran tetapi saya memang sudah lama pasang niat ke Mekah. Alang-alang suami saya mahu ke sana, jadi saya sudah mempunyai mahram untuk menunaikan ibadah Umrah. Alhamdulillah, saya mula mengenakan tudung ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Mekah sehinggalah ke hari ini,” ujar Anita lagi.