KUALA TERENGGANU – Seramai 20 anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM), bertugas secara berjadual bagi memastikan kesejahteraan ribuan pengunjung sambutan raya PAS Terengganu dan majlis berjalan dengan lancar.
Pengarah JAM Terengganu, Mohd Hasmizi Hassan berkata, tugasan utama anggota adalah dalam aspek kawalan lalu lintas dan pengurusan parkir kenderaan di kawasan sekitar lokasi majlis.
“Ini termasuklah, mengarahkan kenderaan masuk dan keluar kawasan parkir, memastikan laluan kecemasan tidak dihalang,
“Menyusun aliran trafik supaya tidak berlaku kesesakan di kawasan sekitar lokasi majlis, memberikan panduan dan maklumat kepada orang awam berkaitan kawasan parkir,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, di sini, hari ini.
Menurutnya, antara cabaran jangka dihadapi termasuk sikap segelintir orang awam enggan mematuhi arahan petugas, kekurangan ruang parkir, serta kenderaan diletakkan secara tidak teratur sehingga menghalang kelancaran laluan keluar dan masuk.
“Langkah-langkah yang dicadangkan untuk mengatasi kesesakan ialah menempatkan petugas di setiap checkpoint penting, seperti pintu masuk, simpang utama, dan kawasan parking.
“Penggunaan alat komunikasi mudah alih (walkie-talkie) untuk koordinasi pantas antara petugas, petunjuk arah (signage) yang jelas bagi memudahkan tetamu mencari tempat parkir dan laluan keluar,” ujarnya.
Selain itu, kata beliau, langkah tambahan seperti papan tanda arah dan laluan alternatif juga disediakan sebagai persediaan menghadapi kehadiran luar jangka.
“Sekiranya perlu, buka laluan alternatif atau gunakan kawasan parkir tambahan,” tambah Hafizi.
Dalam pada itu, Jabatan Amal turut mengadakan Majlis Raya mereka sendiri pada 18 April lalu sebagai penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan para anggota sepanjang Ramadan dan Syawal.
Beliau turut mengucapkan salam Aidilfitri kepada seluruh anggota Jabatan Amal, para petugas, ahli dan pendokong PAS Terengganu.
“Terima kasih atas dedikasi, kesungguhan dan semangat jihad kalian dalam menjayakan program-program parti, khususnya sempena Majlis Raya BPPNT.
“Semoga Allah SWT membalas segala usaha dengan ganjaran pahala dan terus memberikan kekuatan kepada kita semua untuk berkhidmat demi Islam dan rakyat,” katanya lagi.