Aishah Bertanding Untuk AJK MUslimat dan PAS Pusat

1894

Persaingan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pula menyaksikan 61 calon menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan PAS.

Antara nama yang disenaraikan untuk bertanding AJK Kerja PAS pusat ialah bekas penyanyi dan selebriti, Wan Aishah Wan Ariffin.

Aishah juga turut dalam persaingan pemilihan AJK Dewan Muslimat.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi menegaskan, jawatankuasa pemilihan parti melarang Lujnah negeri daripada menganjurkan program yang boleh disalah guna bagi mempromosikan mana-mana calon dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berkempen dengan memburukkan calon lain.

Asmuni pada sidang media semalam turut mengumumkan senarai calon bertanding di ibu pejabat PAS berkata perebutan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menyaksikan pertembungan sengit tiga penjuru antara Kamarulzaman Muhammad, Zulhazmi Sharif dan Suhaizan Kaiat yang turut bertanding bagi jawatan AJK PAS Pusat.

Persaingan Dewan Muslimat pula menyaksikan ketuanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, dicabar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh. Begitu juga dengan jawatan timbalan dan naib Dewan Muslimat yang turut menyaksikan 23 calon bertanding bagi kerusi ahli jawatankuasanya.