Mahkamah Indonesia telah mendapati Basuki Tjahaja Purnama, juga dikenali sebagai Ahok, bersalah kerana melakukan penghinaan terhadap Islam, dihukum dua tahun penjara.
Ahok, dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Selasa di sebuah mahkamah Jakarta Selatan kerana komen beliau menyalah tafsir ayat daripada Al-Quran.
Sementara itu, beratus-ratus orang penunjuk perasaan berkumpul di luar mahkamah menuntut Ahok dikenakan hukuman maksimum ketika hakim yang bersidang, Dwiarso Budi Santiarto memberitahu mahkamah Gebenor Jakarta itu adalah “meyakinkan bersalah melakukan kekufuran”.
“Menyatakan terdakwa Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok terbukti sah dan meyakinkan bersalah melakukan tindak pidana penodaan agama dan menjatuhkan penjara selama 2 tahun,” ujar hakim Dwiarso.
Purnama telah menafikan salah laku, walaupun dia memohon maaf atas komen yang dibuat tahun lalu kerana mengkritik lawannya dengan menggunakan ayat 51 surah-al-Maidah.


Ahok juga gagal dalam cubaan beliau untuk dipilih semula sebagai Gabenor Jakarta pilihan raya April, tewas kepada saingan Muslim, Anies Baswedan.
Beribu-ribu polis telah dikerahkan di Jakarta pada hari Selasa dalam pertempuran yang tercetus di antara penyokong dan penentang Ahok.
Para penentang Ahok menyifatkan hukuman penjara dua tahun terlalu ringan dan menggesa beliau dikenakan hukuman maksimum, empat tahun penjara.
Sehubungan itu, pemerintah Indonesia telah dikritik oleh kumpulan hak asasi yang menuduh karajaan tidak melakukan secukupnya untuk melindungi agama minoriti.
Bagaimanapun, Presiden Joko Widodo, yang merupakan sekutu Purnama, menggesa semua pihak menghormati proses undang-undang.




























