Yang berhormat Dato’ yang dipertua……..ayat yang sama-sama kita fahami itu adalah ayat yang menyebut jelas tentang dasar kepada ekonomi negara berterakan panduan Islam yang dibawa oleh Nabi kita junjungan Muhammad SAW, dan dasar ekonomi inilah yang membawa masyarakat Arab yang dahulunya ketinggalan sehingga akhirnya dapat menakluk dua pertiga daripada dunia ini.
Ia kerana mereka melaksanakan asas yang telah ditetapkan, yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT . Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat dan negara kita mendapat kesan yang sama kerana sistem yang diamalkan di negara kita masih lagi tidak menepati anjuran yang dianjurkan oleh Allah SWT. Umum mengetahui bahawa ekonomi kita sangat membimbangkan walaupun ada mereka yang berhujah mempertahankan keadaan ekonomi sekarang dengan hujah-hujah mereka.
Walaupun keadaan ini tidak dapat dinafikan, keadaan ekonomi yang teruk, keadaan kuasa beli yang tidak ada. Kadang tidak semua benda yang memerlukan indicator yang berfakta. Okay saya sebut. Laporan-laporan yang kita perolehi daripada peniaga-peniaga tempatan, kita tidak lah sediakan fakta…….Saya kata, dengan keadaan kita turun ke bawah, dengar keluhan peniaga-peniaga, bukan sorang dua, rakyat tau belaka dah.
Kalau ada fakta kena ikut, fakta yang bertulis, fakta dalam al-Quran ramai je tak ikut, biasa je. Dok pelik pun. Ada fakta-fakta dalam al-quran yang tidak digunapakai dalam kerajaan. Saya sebut fakta tadi ayat pada awal tadi. Makna kata pengambilan dan penggunaan GST ini adalah sesuatu yang tidak tepat dengan pensyariatan Islam.
Yang berhormat YDP……….bila kita menyebut tentang ekonomi, masing-masing mempertahankan hujah masing-masing, ianya sesuatu yang normal dalam politik. Tetapi rakyat mengetahui keadaan yag sebenar. Walaupun fakta-fakta yang dibentangkan mungkin berpihak kepada pihak kerajaan. Tetapi kedaan reality dan semasa yang dirasai oleh semua peringkat berbeza dengan fakta-fakta yang ada yang dibentangkan kepada kita.
Kita melihat, setiap lapisan ahli masyarakat dalam negeri Terengganu mendapat sentuhan daripada kerajaan negeri dalam bajet pada kali ini. Ini adalah satu kehebatan, ekonomi yang ada pada masyarakat. Rakyat telah kaya, rakyat telah berduit, tetapi kerajaan dengan segala murah hati memberi bantuan yang pelbagai kepada mereka.
Inilah kerajaan contoh, terima kasih kerajaan. Isu-isu yang saya ingin ketengahkan, dengan keadaan masa yang tidak mengizinkan ini saya ada mempersoalkan kos pengurusan taman pertanian sekayu. Yang bilamana kerajaan memperkenalkan ‘Beautiful Terengganu Visit 2017’, ramai yag bertanya tentang status taman pertanian sekayu yang bila tinjauan dibuat, kita dapati, pagar-pagar ditukar baharu dihadapan tetapi bila masuk kedalam melihat keadaan yang sangat menyedihkan.
Dengan kolam yang tersedia tidak mempunyai air, dengan kebun-kebun, yang dipenuhi semak samun, dan inilah yang kita sebut di dalam tema yang selalu kita sebut di peringkat pembangkang, “lok koho punoh”, kerana makin ia dibiarkan makin teruk keadaan negeri Terengganu. Apabila saya bertanya tentang, YB Telemong, dalam senda gurau kita sesame ahli-ahli berhormat, bila nak siap lebuh raya Kuala Jeneris, dia kata cara apa hok dok siap lagi.
Apakah ia selari dengan perkembangan tasik Kenyir, perkembangan ataupun suntikan kewangan ke atas pembangunan tasik kenyir ? yang ianya satu benda yang saya lihat janji pada tahun 2013, 31 Januari 2013, yang menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mempersiapkan lebuhraya ini yang beranggaran panjangnya lebih kurang 24 kilometer, tetapi sampai sekarang tidak bergerak. Lepastu juga, berkenaan dengan isu perlombongan yang dijalankan di bukit nenas ini, diantara aduan yang sampai kepada kita, aduan daripada penduduk tempatan, yang meminta supaya kita sampaikan kepada kerajaan negeri, bagaimana timing operation dengan izin, waktu berjalannya operasi tidak berlaku dengan timing yang betul.
Tengah malam buat juga. Ini mengganggu kedaan masyarakat sekeliling dan ianya sesuatu yang perlu diambil, memainkan peranan di pihak kerajaan. Begitu juga, saya dengar dengan tekun, apa yang dibentangkan oleh Jabi tadi dalam keadaan permohonan perumahan yang kira-kira hampir 100,000 permohonan, 98,722 kalau tak silap saya. Dan ianya hanya mendapat, rendah atau kurang daripada 10 peratus daripada permohonan tersebut, menggambarkan masih kurang kecaknaan bagi pihak kerajaan dalam menangani isu ini.
Inilah keadaan yang dialami negeri kita, dengan belanjawan yang begitu banyak, hampir dua billion, yang rakyat rasai, ianya sesuatu yang sangat sedikit, kalau kita tengok yang diperuntukkan RM400,000 kita dengar macam banyak dah tapi untuk 40,000 ribu pelajar, sepuluh ringgit sorang, kerajaan kata RM400,000 tu banyak dah, dah kalau 40,000 pelajar, dah kerajaan kata ok dah, kerajaan kata budak-budak banyakduit dah, budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak.
Terimasih kerana memberi peluang kepada saya membahaskan sedikit sebanyak isu-isu yang berkaitan walaupun ada beberapa perkara yang tidak sempat saya sebut lagi. Tetapi ingatlah bahawa Allah SWT sebut di dalam Surah Al-An’am ayat yang keenam. Bahawa kuasa mutlak itu adalah milik Allah SWT, dan ianya akan diberikan kepada mereka yang diizinkan oleh Allah SWT, dan ianya akan bertukar tangan dengan sebab kezaliman-kezaliman yang dilakukan.
***Ucapan Perbahasan Bajet 2018, Persidangan Dewan Undangan Negeri oleh ADUN Manir YB Hilmu Narun pada 12 Disember, 2017






























