Adab Ziarah Kubur serta Larangan Khurafat Berdasarkan AI-Adzkar

461

Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Almarhumah Nurly Sahirah binti Abdullah atas pemergian beliau ke rahmatullah baru-baru ini. Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh beliau serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Dewan Ulamak juga mengambil perhatian terhadap perkembangan tular ziarah ke pusara Almarhumah yang melibatkan perlakuan tertentu yang menimbulkan kekeliruan masyarakat, khususnya berkaitan batasan adab, hukum dan larangan syarak ketika menziarahi kubur. Sehubungan itu, DUPNT ingin berkongsi panduan berdasarkan ajaran Islam yang bersumber daripada karya ulama muktabar, khususnya AI-Adzkar karangan Imam al-Nawawi Ji1v-J.

1. HUKUM ZIARAH KUBUR
Ziarah kubur adalah sunnah yang sangat dianjurkan bagi lelaki. Bagi wanita, ia dibolehkan jika aman daripada fitnah dan tidak berlebihan dalam ratapan. Amalan ini disyariatkan berdasarkan hadis-hadis sahih yang mengajarkan memberi salam
kepada ahli kubur, mendoakan mereka, dan mengambil peringatan tentang kematian. Sabda Nabi :
Maksud: “Dulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah ia kerana ia mengingatkan kamu kepada akhirat.” (HR Muslim)

2. ADAB ZIARAH KUBUR MENURUT AL-ADZKAR
Dewan Ulamak ingin menegaskan adab-adab utama yang dinyatakan oleh Imam al­ Nawawi dalam AI-Adzkar:
I. Berniat untuk mengambil iktibar dan mendoakan si mati. Memberi salam kepada ahli kubur dengan lafaz yang thabit;

“Sejahtera ke atas kalian wahai penghuni negeri orang-orang mukmin dan muslimin. Sesungguhnya kami insyaAllah akan menyusuli kalian. Kami memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan kalian.”

II. Mendoakan kebaikan dan keampunan untuk si mati.
Ill. Tidak meninggikan suara, bergelak ketawa atau melakukan perkara yang tidak sopan.

IV. Menegur sesiapa yang menangis dengan ratapan yang melampau. Diriwayatkan dalam hadis Anas bahawa Nabi bersabda kepada seorang wanita yang menangis di kubur:
Maksud: “Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah.”(HR Bukhari dan Muslim)

3. PERINGATAN TERHADAP PERKARA YANG DILARANG
Islam menegaskan agar menziarahi kubur dengan memelihara adab yang betul. Sebarang perbuatan yang menyerupai ratapan jahiliah, bercampur unsur khurafat adalah dilarang oleh syarak dan wajib ditegur secara berhikmah.

4. SERUAN DEWAN ULAMAK
Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu menyeru seluruh masyarakat Islam:
I. Memahami hukum hakam dan adab ziarah kubur berdasarkan panduan Nabi dan keterangan ulama seperti Imam al-Nawawi dalam AI-Adzkar.
II. Mengelakkan penyebaran amalan atau ritual yang tidak sahih dan tidak bersumber daripada petunjuk Rasulullah –
Ill. Menjaga maruah keluarga si mati dengan tidak mengambil kesempatan menularkan perkara yang mengundang fitnah.
IV. Menjadikan pengalaman ziarah sebagai ruang muhasabah diri dan menginsafi kelemahan insan.

Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang tulen sebagaimana dihimpunkan dalam kitab-kitab hadis sahih dan panduan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah, agar amalan kita sentiasa bersih daripada unsur khurafat.

Semoga Allah membimbing kita semua ke jalan yang benar, menjauhkan fitnah dan memelihara akidah umat Islam.

“Islam Adalah Penyelesaian” “Kesatuan Asas kekuatan”

Ustaz Haji Ismail Osman
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu
1 Julai 2025