Abu Zarr Bertanya Tentang Kandungan ‘Suhuf’ Nabi Musa

5399

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ

“banyaklah kamu menyebut pembinasa segala kelazatan (iaitu) mati,”

Menurut Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda begitu, ketika ia melalui satu majlis yang riuh rendah dengan gelak ketawa.

Hadis diatas dihuraikan oleh hadis (lain) sebuah hadis hassan yang diriwayatkan oleh Abu Zarr al-Ghifari yang katanya, ”aku pernah bertanyakan Rasulullah SAW……..Ya Rasulullah……apakah yang ada (terkandung) dalam ‘suhuf’ Nabi Musa SA?

Sabda Rasullullah SAW,”ada didalamnya, semua iktibar (pengajaran) diantaranya, aku hairan melihat adanya orang yang yakin adanya mati…….kemudian ia bergembira. Aku melihat yakin kepadanya, adanya neraka……..kemudia ia bergelak ketawa. Aku hairan melihat yang orang yang yakin ada padanya kadar dan takdir……..kemudian ia melihat nasib. Aku hairan melihat orang yang melihat dunia itu ‘berbalik-balik’ dengan penghuninya…….kemudian ia bertenang sahaja kepadanya dan aku hairan melihat pada hari akhirat di besok hari…….kemudian dia tidak beramal,”

Hadis ini hadis ‘hahhsan’ diriwayatkan oleh Abu Zarr, seorang sahabat yang termasuk dalam kalangan sahabat yang awal-awal masuk Islam, yang bukan dari Iekah, yang disayangi oleh nabi SAW.

Yang tidak diberi tugas walaupun dekat dengan Rasulullah. Apabila orang lain diberi tugas, dia tidak dilantik apa-apa.

(Dan) dia bertemu dengan nabi SAW dia berkata, “ya Rasulullah. Mengapa tak lantik saya? orang lain lantik semua, jadi macam macam.”

Screenshot (915)Jawab nabi SAW, “wahai Abu Zarr ini adalah amanah. Aku tengok mu ini lemah. Dengan sebab itu aku tak lantik menjadi apa-apa. Tugas tugas ini satu amanah. Tugas ini akan membawa penyesalan pada hari kiamat kelak,”

Oleh itu, jangan mudah minta jawatan itu atau jawatan ini. Ini adalah amanah. Kecuali kita melihat tidak ada orang menunaikan (tugas) itu, kita wajib tampil ke hadapan. Kalau kita ada kemampuan.

Abu Zarr yang duduk di luar Mekah, minta izin dengan nabi nak isytihar dia masuk Islam. Bila isytihar dia masuk Islam, dia telah dipukul oleh penduduk Mekah. Lalu, seorang yang melihat Abu Zarr memberi amaran jangan pukul.

Di luar Mekah, (kita) lalu dekat kampung dia, kaum dia akan serang kita kalau kita lalu tempat dia. Lalu, Abu Zarr dibebaskan.

Abu Zarr banyak meriwayatkan hadis-hadis. Khusus berkait dengan hari akhirat. Diantaranya hadis ini. Kita sebut (baca ini) dimana Abu Zarr bertanya berkenaan dengan apa pengajaran yang ada dalam suhuf nabi Musa AS.

Suhuf ialah kitab kitab kecil selain Taurat. Kitab Taurat ini kitab yang besar. Ada hukum hakam di dalamnya. Suhuf ini risalah risalah yang kecil yang diturunkan kepada nabi Musa As.

Lalu, nabi menyebut apa yang nabi sebut (dalam hadis) tadi supaya manusia ingat pada mati.

Tapi kebanayakan manusia tidak ingat pada mati. Walaupun mereka yakin adanya mati, tak bersedia untuk mati. Yakin adanya neraka, tak bersedia untuk bebaskan diri daripada api neraka. Yakin adanya takdir daripada Allah Ta’ala. Tengok nasib sendiri tak bertawakkal pada Allah Taala. Yakin adanya hisab pada hari kiamat, tapi tidak beramal dengan sebanyak-sebanyak amalanya.

(Petikan kuliah Jumaat Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Jumaat pada 26 Ogos bersmaan 23 Zulkaedah, 1437H)

https://youtu.be/k7Y641Jbm-g