Abby Terus Bertweet Dengan Nada Lembut Walau DiSerang Bertubi-tubi

1030
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/abby%20di%20Kg%20gaung.jpg

Sejak beliau mengubah haluan, kembali menyerahkan diri kepada Allah dan perjuangan Islam, Abby sentiasa menerima kritikan dan diserang bertubi-tubi oleh musuh-musuh yang sentiasa cemburu kepada beliau.

Sikap ‘cool’ Abby yang sentiasa menghantar mesej tweeter dengan nada lembut, walaupun diserang dengan ‘sumpah seranah’ dipuji oleh ramai pengikut beliau.

“bagus kak abby ..kena serangpun masih bertweet dengan kata-kata yang lembut …….. tak perlu ‘mencarut’ pun untuk tegakkan kebenaran,”kata mierhafifii, seorang pengikut Abby yang dikutip dari laman sosial itu.

[Gambar – Abby menghadiri satu program di Kampung Gaung Kuala Berang bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah pada minggu lalu]

“Macam-macam fitnah tentang saya sampai (ada yang) kata saya sesat (dan) jauh tersasar ye? Dulu ye, sebab tak ambil tahu (tentag Islam dan perjuangan)…….. Sekarang Alhamdullillah, ALLAH bantu,”jawab Abby dalam salah satu mesejnya.

Abby turut membeikan pendapat terhadap isu-isu semasa terkini dan antara yang terbaru adalah, beliau mengkritik kerajaan Umno-BN Malaysia, kerana dikatakan lambat mengambil tindakan untuk mempertahankan keamanan di Lahad Datu.

“terang-terang lanun dah masuk ke Sabah, kerajaan buat tak tahu, sampai lah kejadian meragut nyawa pagi tadi tap media tetap melaporkan (ia) berita palsu, ia permainan politik Umno-BN di Lahad Datu Sabah, rakyat jadi mangsa…….rakyat tahu Umno-BN bersalah….mereka nak tukar (kerajaan),”komen Abby pada 1 Mac lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/lahad2.jpg