Abby syukur diberi hidayah

1488
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/image.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/image.jpgWalaupun dunianya sebelum ini dikelilingi hiburan yang dianggap melekakan namun dia bersyukur kerana ALLAH SWT mencampakkan hidayah dalam hatinya.

Itulah detik perubahan yang membawa dunia Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ke arah dakwah keagamaan dan jauh meninggalkan popularitinya sebagai selebriti.

“Agama sentiasa ada dalam hati saya. [Gambar – Abby bersama Muslimat Pas yang hadir pada program tersebut.]

“Walaupun saya leka dalam dunia selebriti tetapi saya bersyukur ALLAH berikan hidayah dan memberi peluang saya berubah,” katanya ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 penduduk dan penyokong Pas di Dataran Berop, dekat sini.

Abby, 35, dijemput oleh Pas Cawangan Berop, Tanjung Malim, Perak untuk berkongsi pengalaman hidupnya dan penghijrahannya ke dunia politik.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Misbahul Munir, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjung Malim, Salam dan Ketua Pas Cawangan Berop, Daud Husain.

Turut hadir, Ketua Ulama Pas Kawasan Tanjung Malim, Baharuddin dan Ketua PKR Cabang Tanjung Malim, Mejar B Kamal Badri.

Abby berkata, umat Islam sepatutnya menjadikan agama sebagai cara hidup dan bukan budaya atau hanya mengamalkan sebahagian ajarannya.

“Alhamdulillah anak saya juga faham dan mereka yang tahu mengaji, menghayati kandungan al-Quran sampai nangis-nangis.

“Nasihat saya, buatlah apa saja tapi kalau boleh biar dekat dengan agama,” katanya menjawab soalan pengunjung program tersebut.

Abby turut menganggap hanya Pas parti tunggal memperjuangkan Islam yang kini dijadikan pilihan hidupnya untuk menegakkan agama -SH