Abby Seronok Bantu Calon PAS PRK Sungai Limau

1925

Abby yang berkampung di Sungai bagi membantu kemenangan calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samad melahirkan sukacitanya, melalui hantaran laman Twitter sosialnya.

“Seronok membantu kempen, dari 26hb hari tu…. Nak balik sedih pulak huhu…. Semoga kemenangan milik ISLAM,”ujar Abby.

Mengungkapkan kemeriahan hari pembuangan undi semalam 4 Oktober Abby yang lantang terus mengkritik Menteri Umno.

“Meriah…… kebetulan sewaktu saya singgah di sini, Datuk Shafie Afdal datng melawat kawasan. Langsung tak pandang Penyokong PAS.

“Untuk salam jauh sekali…….. Menteri Malaysia ke Menteri UMNO/BN ni?

“Inilah sakitnyaaa Mereka. Jaga Rakyat Malaysia bila dah menang, bukan jaga yang menyokong saja ye Pak Menteri sekelian… ALLAH Mengetahui apa yg kamu kerjakan,”tegas Abby.

Walaupun sepanjang kempen PRK Sungai Limau, Abby turut terpalit dengan fitnah oleh ‘pencacai’ Umno-BN namun semangat kental beliau menjadikannya terus berjuang bersama PAS.

“Hadirnya Sy kerana ALLAH, mengajak untuk ikut ISLAM, bukan ikut saya. Mengaku ISLAM wajib ikut undang2 ALLAH. ISLAM itu cara hidup keseluruhan, wajib ikut semua… Bukan ikut mana suka, yg tak suka abaikan.

“Bila ambil sekadar apa yg ada depan mata, Itu kesesatan yg nyata.. & itulah yg berlaku di sekeliling kita… kerana itulah Pimpinan ISLAM yg telah sedia ada di Sungai Limau perlu dipertahan”katanya