770 Dijangka Hadir MAT PAS Dungun

570

DUNGUN – 770 orang perwakilan daripada 97 Cawangan PAS dijangka menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Dungun kali ke-66 yang akan berlangsung Sabtu ini.

Pengerusi Panitianya, Haji Abdul Hamid Ismail berkata, ada juga Cawangan yang digantung dan tidak mendapat status perwakilan.

“Mereka akan hadir sebagai pemerhati,” ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan MAT yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS , Datuk Ustaz Idris Ahmad, bakal berlangsung di Dewan Inspirasi MZ Plenet di sini.

“Dengan dewan yang berhawa dingin diharap perwakilan dan pemerhati akan mengikuti sepenuhnya Mesyuarat Agung Tahunan kali ini sehingga sampai petang,” katanya.

Setiausaha PAS Dungun itu turut menasihati perwakilan supaya mengundi calon-calon yang berkelayakan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2025/2027.

“Bukan pilih ‘kroni’,” ujarnya berseloroh.

Beliau memaklumkan, hadiah istimewa yang lumayan menanti para perwakikan istiqamah, yang hadir sehingga berakhirnya program tahunan itu..