Lebih 55 juta rakyat Turki akan mengundi pada hari ini, Ahad 16 April, bagi satu referendum perubahan perlembagaan termasuk memberi kuasa eksekutif yang lebih luas kepada Presiden.
Sebanyak 167,000 pusat pengundian di dibuja di seluruh Turki dengan lebih satu juta orang ada pengundi baru yang mencapa umur 18 tahun.
Banduan yang sedang dipenjara atau pesalah yang sedang dibicarakan, juga juga akan dapat mengundi di 463 pusat mengundi yang terletak di dalam penjara, seluruh Turki.
Walaupun Lembaga Pengarah Pilihan Raya Agung tidak mengumumkan jumlah sebenar kepada umum, akhbar nasional Turki Milliyet berkata, terdapat 78.894 banduan yang telah disabitkan kesalahan dan akan dapat mengundi, 127 peratus lebih tinggi berbanding pilihan raya pada November awal November lalu.
Undi ‘Ya’ Atau ‘Tidak’


Sekiranya mendamendapat sokongan rakyat, ia akan mengubah sistem parlimen semasa, kepada perlimen ‘kepresidenan’
Perubahan perlembagaan telah dibincangkan sejak Presiden Recep Tayyip Erdogan mendapat majoriti pada pemilihan bulan Ogos 2014.
Rang undang-undang 18 ayat tersebut telah pun diluluskan oleh Parlimen pada bulan Januari, dengan 339 undi memihak.
Pembaharuan akan memperluas kuasa eksekutif presiden dan presiden juga akan dibenarkan untuk mengekalkan hubungan dengan parti politik.
Perubahan utama yang lain termasuk menurunkan umur untuk menjadi ahli parlimen kepada 18 tahun dari 25 sebelumnya.
Ia juga akan menambah bilangan kerusi di parlimen daripada 550 kepada 600, menutup mahkamah tentera, dan pilihan raya parlimen akan diadakan serentak dengan pilihan raya presiden setiap lima tahun sekali.
Kira-kira 2.9 juta rakyat Turki di luar negara, telah mengundi awal pada referendum di antara 27 Mac dan 9 April.
Referendum ini merupakan kali keempat mereka membuat pilihan sejak warga Turki di luar negara dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya.
Perlembagaan semasa negara Turki telah ditubuhkan pada tahun 1983 berikutan rampasan kuasa tentera pada tahun 1980.



























