400 Orang Mendapat Khidmat Rawatan Percuma Misi Kemanusiaan Afghan

1469

KABUL – Selain memberikan khidmat di kawasan terjejas gempabumi, Misi Kemanusiaan Yayasan Amal ke Afghanistan turut membantu sebuah NGO tempatan memberikan rawatan perubatan percuma.

Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia (YAM) Dato’ Dr Hamdan Mohamad Khlaib berkata, rawatan perubatan yang diadakan di sebuah kampung pinggir bandaraya Kabul adalah kerjasama antara YAM dengan Persatuan Perubatan Islam Afghanistan (Afghanistan Islamic Medical Association- AIMA).

Dr Hamdan sedang memeriksa kaki seorang warga emas Afghan yang cedera“aktiviti ini adalah program ‘tambah nilai’ sempena kunjungan Misi Kemanusiaan ke Afghanistan, selepas kami kembali dari kawasan terjejas gempa di Jalalabad, wilayah Nanghahar,

“AIMA telah mengatur satu ‘Kem Perubatan’ bagi memberikan khidmat rawatan dan perubatan percuma kepada penduduk pinggir bandar yang tidak berkemampuan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merawat hampir 400 orang warga Kampung Pol-E-Charkhi, di kawasan Timur Kabul dekat sini pada 15 November.

Katanya, khidmat perubatan tersebut dibantu oleh seorang lagi doktor sukarelawan YAM Dr. Mohd Tajuddin H.Saffee dan dengan kerjasama seluruh anggota Misi termasuk dari MAPIM, Muslim Care dan Haluan.

Sehubungan itu, mantan Exco kerajaan negeri Kedah itu menyeru agar lebih banyak lagi badan bukan kerajaan dan professional sektor perubatan, tampil untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan penduduk Afghanistan yang baru pulih dari peperangan.

Misi Kemanusiaan Kampung Pol-E-Charkhi“kita harap lebih ramai lagi sukarelawan dan NGO Malaysia yang teampil untuk membantu saudara seIslam kita di Afghan ini yang begitu dhaif sekali,

“mereka menghadapi sengketa yang panjang, dan sehingga kini pemerintah yang baru Afghanistan belum mampu untuk memberikan khidmat perubatan sepenuhnya,”katanya.

Misi Kemanusiaan YAM yang bermula pada 10 November lalu akan berakhir pada 18 November, membawa sumbangan dari rakyat Malaysia bagi memberikan khidmat ‘rehabilitasi’ pasca gempa dan perang di Afghanistan.