Terengganu, Malaysia

4, 444 Penderaan Seksual Gereja Katolik Australia

Catholic Church – Jamestown, South Australia

Suruhanjaya Siasatan Tahap Tertinggi di Australia melaporkan sebanyak 4,444 insiden dakwaan penderaan seksual oleh paderi Katolik berlaku di antara tahun 1980 dan 2015.

Siasatan itu juga mendengar bahawa seramai 1,265 paderi, biarawan dan biarawati telah dituduh dalam tempoh 60 tahun yang berakhir 2010.

Ketua Majlis Kebenaran, Keadilan dan Pemulihan Gereja Franklin Sullivan, memberitahu ia adalah satu pendedahan yang mengejutkan.

“Jumlah ini adalah mengejutkan. Mereka adalah tragis dan mereka tidak dapat dipertahankan,

“Sebagai umat Katolik, kita menggantung kepala kita dengan rasa malu,” katanya kepada Suruhanjaya itu di Sydney.

4, 444 Penderaan Seksual Gereja Katolik AustraliaBeliau berkata demikian sambal menahan air mata kerana beliau menyifatkan ia satu kegagalan besar di pihak Gereja Katolik di Australia untuk melindungi kanak-kanak dari pendera.

‘Angka panas’, dikeluarkan ketika perbicaraan bermula pada Isnin atas dakwaan yang dibuat sejak beberapa dekad lalu.

Ia adalah kali pertama angka keseluruhan yang membimbangkan telah dimasukkan dalam laporan penderaan seksual.

Laporantersebut juga menyatakan, purata umur seorang kanak-kanak yang didera adalah 11 setengah tahun bagi lelaki dan untuk perempuan, ia hanya berumur 10 setengah tahun.

Peguam Kanan, Gail Furness, memberitahu Suruhanjaya itu bahawa 90 peratus daripada pelaku yang dikatakan adalah lelaki.

“Kanak-kanak telah diabaikan atau lebih teruk lagi, dihukum. Tuduhan tidak disiasat. Paderi dan biarawan telah dipindahkan,

“gereja atau komuniti baru tempat mereka dipindahkan tidak tahu apa-apa tentang rekod kesalahan mereka yang lalu. Dokumen tidak dipelihara atau telah mereka musnahkan,” katanya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan