Terengganu, Malaysia

Al-Aqsa Tidak Akan Dibahagikan

al-aqsa sharif

Pemimpin Gerakan Islam di Israel Sheikh Raed Salah berkata, beliau akan menentang apa yang disifatkannya sebagai percubaan oleh pihak berkuasa Israel untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa di antara Islam dan Yahudi.

Ketegangan telah meningkat baru-baru ini kerana sekatan Israel ke atas jemaah Islam Palestin yang ingin memasuki kompleks Al-Aqsa, menyebabkan beberapa pertempuran antara pasukan keselamatan kedua dan Israel.

Bagi umat Islam, Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci di dunia. Yahudi mendakwa, bagi sebahagian mereka, merujuk kepada kawasan itu sebagai ‘Temple Mount’ (kuil gunung) yang mereka tuntut sebagai tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.

Raed-Salah-Abir-SultanBeberapa kumpulan pelampau Yahudi telah mebuat seruan agar Masjid Al-Aqsa dimusnahkan dan supaya sebuah kuil Yahudi dibina di tempatnya.

Sehubungan itu, Syeikh Salah (gambar kiri), ikon perjuangan Palestin yang menentang penjajahan Israel dari dalam negara itu menegaskan bahawa, ‘ancaman Israel’ tidak akan menghentikan penentangan Palestin daripada menjalankan ‘tugas suci’ untuk melindungi Al-Aqsa.

Pada hari Selasa, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia berkata, pasukan keselamatan Israel mungkin telah menggunakan kekerasan yang berlebihan terhadap penunjuk perasaan Palestin semasa pertempuran baru-baru ini di kompleks masjid.

Pada hari Ahad, penunjuk perasaan Palestin bergelut dengan pasukan keselamatan Israel di dalam kawasan masjid, dengan tentera Israel menggunakan bom asap dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan telah membuat halangan pada pintu masuk ke perkarangan di tengah-tengah khabar angin bahawa pelampau Yahudi merancang untuk masuk beramai-ramai ke perkarangan al-Aqsa pada hari tasriq terakhir yang berkebetulan dengan permulaan cuti Sukkot Yahudi.

Al-Aqsa telah lama menjadi zon sengketa antara Palestin dan tentera Israel. Pada awal bulan ini, kawasan itu menyaksikan tiga hari pertempuran yang menyebabkan berpuluh-puluh rakyat Palestin cedera.

Al-Aqsa_MosquePada masa ini, penggunaan kawasan masjid adalah terhad kepada jemaah Islam. Sesetengah rakyat Palestin, bagaimanapun, menuduh pihak berkuasa Israel merancang untuk memulakan satu skim pengasingan dan pembahagian, yang mana penyembah Yahudi akan diberi akses kepada bahagian perkarangan ‘kiblat perama umat Islam itu, pada jam-jam tertentu dalam sehari.

Baitulmuqaddis Timur, di mana terletaknya al-Aqsa telah dijajah oleh Israel pada perang tahun 1967. Kemudian pada tahun 1980, Israel mengisytiharkan kota suci sebagai ibu negaranya, tetapi tindakan tersebut tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Pada bulan September 2000, lawatan ke Al-Aqsa oleh pemimpin kontroversi Israel, Ariel Sharon mencetuskan apa yang kemudiannya dikenali sebagai “Intifada Kedua”, kebangkitan rakyat menentang penjajahan Israel di mana ribuan rakyat Palestin terbunuh.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan