Lebih sejuta rakyat Yaman dan seramai 2288 orang telah terbunuh sejak permulaan kempen serangan yang diketuai Arab Saudi melanda negara tersebut, pada 26 Mac lalu.


Para pelarian yang meninggalkan rumah mereka menceritakan keperitan perang tersebut, yang kini masih belum reda.
“Saya tidak tahu sesiapa sahaja yang tidak perlu melarikan diri rumahnya atau (dari) bandar kerana perang, ramai kawan-kawan dan rumah keluarga telah musnah,
“kini 5 keluarga tinggal (berlindung) di rumah kecil ibu saya, kerana Sana’a adalah agak lebih selamat, “kata Mohammed Ahdal yang meninggalkan Hajjah apabila konflik bertukar lebih sengit.
Datuk Bandar Hadramaut Mohammed Ramimiberkata bahawa kira-kira 39,000 telah didaftarkan sebagai “tetamu” merujuk kepada pelarian di Hadramaut.


Menurut PBB, ramai orang awam yang terbunuh dalam konflik termasuk wanita dan kanak-kanak,, lebih daripada 2,288 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10,000 orang telah cedera.
“Kita hidup pada zaman (banyak) pengebumian, kami kehilangan tiga jiran kami di Mualla dan suami makcik saya ditembak di Khormaksar,
“kita mendengar tentang orang-orang mati setiap hari, tetapi bahagian yang paling sukar ialah kita tidak dapat pergi ke pengebumian,
“(dan) kami tidak boleh pengebumikann dengan betul orang yang kita sayangi atau menunjukkan sokongan kepada mereka yang kehilangan orang tersayang, “kata Um Fahd, salah satu daripada bekas penduduk di daerah Mualla di Aden.


“Keadaan di Djibouti penuh sengsara, ketika kami sampai di sana kami telah diletakkan di atas jalan-jalan, saya tidak boleh ingat di mana kita tinggal di kem, saya meninggalkan Yaman ke Malaysia selepas dua hari,
“tetapi cara hidup di Yaman begitu memalukan , dimana warga Yaman terkandas di seluruh negara memerlukan bantuan,” kata seorang daripada orang-orang yang melarikan diri Yemen melalui bot minggu lepas – Yementimes




























