23, 144 Butir Bom Amerika Digugurkan Ke Atas Negara Umat Islam Sepanjang 2015

1051

Majlis Hubungan Luar, pemikir berpusat di New York, menganggarkan 23,144 butir bom telah digugurkan oleh Amerika Syarikat kepada negara-negara majoriti umat Islam pada tahun 2015.

Carta, yang disediakan oleh pemikir pro Jabatan Negara Amerika itu, meletakkan juga tahap berapa banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada negara-negara lain.

Samada wajar atau tidak pengeboman itu dibuat, ia adalah satu contoh yang nyata bagaimana banyaknya kerosakan dikenakan oleh AS ke atas dunia Islam pada 2015.

Kira-kira 77 peratus daripada serangan udara Amerika Syarikat yang disasarkan kepada ISIL di Iraq dan Syria.

Polisi ”membunuh semuanya’ dengan serangan udara Amerika Syarikat, bagaimanapun, adalah ia tidak berjaya.

us-bombs-dropped-in-2015-300x184Pegawai Pentagon mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 25,000 pejuang ISIL terbunuh manakala seorang pegawai tanpa nama berkata 23,000 dibunuh pada bulan November, manakala pada hari Rabu, statistik menunjukka kira-kira lebih 2500 orang terbunuh pada bulan Disember.

Aamat mengejutkan dan Luar biasa sekali, mereka juga mendakwa bahawa di samping 25,000 pejuang terbunuh, hanya 6 orang awam telah ‘mungkin’telah terbunuh dalam serangan udara selama tujuh belas bulan.

Pada masa yang sama, pegawai-pegawai mengakui bahawa saiz kumpulan itu kekal keseluruhannya dan tidak berubah.

Pada tahun 2014, Agensi Perisikan Pusat (CIA) menganggarkan saiz ISIL adalah antara 20,000 dan 31,000 pejuang.

Manakala pada semalam,hari Rabu, berulang lagi anggaran 30,000. Ringkasnya kalkulus pengeboman anti-ISIL oleh Ameika adalah tidak lojik iaitu 30,000 – 25,000 = 30,000.

Sementara itu, walaupun fakta bahawa Amerika Syarikat menggugurkan 947 bom di Afghanistan pada 2015, analisis baru-baru mendapati bahawa Taliban mengawal wilayah yang lebih luas di Afghanistan sejak bermulanya ‘penjajahan’ tahun 2001.

Amerika Syarikat telah memasuki tahun ke-16 perang di Afghanistan, dan Obama berjanji untuk menarik semua tenteranya pada tahun 2015.

Sebaliknya, Pada bulan Oktober tahun lepas, beliau menterbalikkan kedudukannya dan memutuskan untuk mengekalkan tentera Amerika di Afghanistan sehingga akhir 2017.