10,000 Solat Jumaat Di Al-Aqsa Dalam Suasana Masih Tegang

2552

Beribu-ribu rakyat Palestin berarak ke Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat selepas lebih daripada seminggu bantahan dilakukan terhadap langkah-langkah keselamatan Israel yang meletakkan akat pengesan logam di pintu masuk Al-Aqsa.

“Sekurang-kurangnya 10,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa,

“Beribu-ribu orang lagi yang lain terpaksa solat di jalan-jalan di sekitar Kota Lama Jerusalem selepas mereka dihalang memasuki kawasan masjid kerana terlalu ramai),” kata Firas al-Dibs, jurucakap Majlis Wakaf masjid.

Walau bagaimana pun, Dibs kata pihak berkuasa Israel menutup kawasan masjid kepada warga Palestin Muslim yang berusia di bawah 50 tahun dan telah menutup beberapa pintu Al-Aqsa.

Persatuan Tahanan Palestin berkata, 21 rakyat Palestin dari Jerusalem Timur telah diharamkan daripada memasuki perkarangan masjid selama 15 hari dan penahanan lima yang lain telah dilanjutkan.

Jumaat lepas, umat Islam enggan memasuki masjid dan solat di jalan-jalan sekitar kawasan masjid kerana membantah pemasangan pengesan logam dan sekatan lain yang dilaksanakan Israel selepas dua pegawai polis Israel dan tiga Arab-Israel terbunuh.

Al-Aqsa adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam dan yang dianggap paling penting untuk orang Yahudi, yang merujuknya sebagai Temple Mount.

Dalam kejadian berasingan di Tebing Barat selatan, seorang lelaki Palestin telah ditembak mati selepas didakwa cuba menikam askar Israel di Gush Etzion.

“Seorang askar di tempat kejadian ditembak penyerang, yang menyebabkan kematiannya, tiada kecederaan dilaporkan di kalangan tentera Israel,” Menurut kenyataa tentera rejim

Bulan Sabit Merah Palestin berkata anggota pasukan keselamatan menghalang ambulans daripada mendapat ke tempat kejadian untuk merawat lelaki itu, yang mengalami pendarahan akibat luka kerana tembakan peluru.

Dalam pada itu, di seluruh wilayah, berpuluh-puluh rakyat Palestin cedera dalam konfrontasi dengan pasukan keselamatan Israel.

“Tiga belas rakyat Palestin cedera oleh peluru getah dan peluru hidup dalam pertempuran yang tercetus di pintu masuk utara bandar Baitulaham,

“Tujuh yang lain cedera dalam pertempuran yang berlaku di bandar-bandar Ramallah, Tebing Barat, Hebron dan Tulkarem,” kata Bulan Sabit Merah dalam satu kenyataan.

Menurut Bulan Sabit Merah lagi, pemedih mata telah menyebabkan ‘asfiksia’ sementara kepada 23 penunjuk perasaan.

Sejak Oktober 2015, lebih daripada 300 rakyat Palestin terbunuh dalam keganasan Israel-Palestin, menurut angka rasmi Palestin.

Pihak berkuasa Israel telah berkata sekurang-kurangnya 55 Israel terbunuh dalam tempoh yang sama.