10 Wartawan Terbunuh, 38 Cedera Sepanjang Serangan Israel

1022

Sepuluh aktivis media, wartawan dan jurnalis, terbunuh dan 38 yang lain cedera dalam empat minggu serangan Israel ke atas Gaza, menurut sumber rasmi Palestin.

Rami Ryan PressLebih daripada 1,800 orang, termasuk 401 kanak-kanak dan 238 wanita, terbunuh dan kira-kira 9,500 cedera sejak serangan rejim yang bermula 7 Julai lalu, yang ‘buta mata dan hati’, tidak membezakan langsung antara sasaran awam dan tentera.

Israel membedil sekolah, hospital, ambulans, pusat perlindungan dan Agensi Kerja PBB (UNRWA), masjid, dan pusat-pusat media di Gaza.

Menurut angka dari Kesatuan Radio dan Televisyen Palestin, dua belas pusat media telah menjadi sasaran serangan Israel laknatullah, manakala rumah 16 wartawan juga musnah dibaham bom Israel yang memasuki hari ke-28.

Pejabat sebuah pusat media, Agensi Anadolu di Gaza disasarkan dua kali oleh tentera Israel walaupun koordinat tepat telah diberikan kepada tentera Israel melalui saluran rasmi. Para penggiat media, Muaz Meshal, Enes Abu Muaylik dan Metin Yuksel Kaya, telah cedera dalam serangan tersebut.

PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-GAZAPara aktivis media yang terbunuh dalam serangan udara Israel adalah seperti berikut: –

1- Sameh Al-Aryan – Al-Aqsa TV

2- Rami Reyyan – Palestin News Network

3 Ahid Zakkut – Palestin TV

4- Bahaddin Gurayb – Palestin TV

5- Muhammed Zahir – Risale Media Institusi

6- Izzet Al-Diheyr – Menbar el-Hurriye Radio

7- Abdurrahman Abu Hin – Kitap Channel

8- Khalit Hamad – Teruskan Syarikat Pengeluaran

9- Hamid Sehab – Media 24

10- Najla Al-Hajj – Freelance Wartawan dan Aktivis