10, 000 Tentera Gabungan Arab Bergerak Ke Yaman

2631

Gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi telah mengerahkan 10,000 orang tentera ke Yaman, dalam tanda jelas keazaman untuk mereka mengalahkan kuasa-kuasa bersekutu Iran-Houthi dan militia bekas Presiden Ali Abdullah Salleh selepas 60 tentera mereka terbunuh di wilayah Ma’rib pada hari Jumaat lalu.

Jiran-jiran Yaman itu menggandakan serangan udara ke atas ibu negara Sana’a pada Selasa dan bersiap untuk melancarkan serangan habis-habisan tidak lama lagi bagi merampas bandar utama yang dirampas pada tahun lepas.

“Jumlah tentera gabungan yang telah memasuki Yaman meningkat kepada 10,000 orang, Kontinjen kedua tentera Qatar akan tiba hari ini di Yaman selepas memasuki sempadan lintasan al-wadee (dengan Arab Saudi) …….. tentera bersekutu juga telah menambah peralatan ketenteraan mereka dengan 30 helikopter Apache, kereta perisai dan pelancar roket,”lapor al-Jazeera.

Negeri-negeri pakatan Arab melihat kempen mereka sebagai melawan pengaruh Iran ‘yang sedang menjalar’ di belakang rumah mereka, tetapi Houthi menafikan yang mnereka terhutang budi kepada Tehran.

qatari-troopsSebaliknya mereka mendakwa kerajaan Yaman dalam buangan di Riyadh dan gabunganyang dipimpin Arab Saudi itu adalah boneka Amerika.

Tentera Yaman yang setia dan tentera Teluk telah mengambil kembali dan sebahagian besar kawasa selatan Yaman pada bulan Julai, tetapi garis pertempuran telah hampir tidak bergerak kerana tentera bersekutu menghadapi tentangan sengit di utara oleh puak Houthi.

Militia Houthi dan sekutu mereka dalam tentera Yaman melepaskan peluru berpandu balistik era Soviet ke pangkalan tentera di wilayah tengah Ma’rib pada hari Jumaat, membunuh 60 puluh tentera UAE, Arab Saudi dan Bahrain.

Serangan itu adalah yang paling dahsyat untuk tentera Teluk dalam perang, dan mungkin menandakan satu titik perubahan dalam konflik apabila negara-negara terbabit sedang melakukan gerakan darat yang mereka cuba dielakkan sebelum ini.

Akhbar Saudi milik Al-Sharq Al-Awsat memetik sumber gabungan tentera berkata, sebahagian Mesir dan 6,000 tentera Sudan tidak lama lagi akan menyertai perjuangan dalam Yaman.

Tetapi sumber yang rapat dengan tentera Qatar mengesahkan bahawa pemerintah Emiriah Teluk itu telah menghantar “jentera infantri dan perisai kenderaan” dan bahawa Sudan telah mengesahkan untuk menghantar 6000 tentera.

“Operasi di Sanaa … akan menggunakan pengeboman yang banyak, kuasa tentera udara, untuk menyokong serangan darat,” kata sumber itu.