Perkukuh Semangat Dan Gerak Kerja

220

Oleh; Rohayati Ripin

BESUT – Seluruh jentera parti di setiap daerah diseru agar memperkukuh semangat dan gerak kerja bagi memastikan kemenangan PAS dan Perikatan Nasional (PN) dapat dipertahankan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut Yang Dipertua PAS kawasan Besut, YB Haji Mohd NurKhuzaini Ab Rahman berkata, pemilihan Besut sebagai lokasi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu hari ini memberi isyarat jelas tentang pentingnya kawasan itu menjadi pemangkin kekuatan jentera di seluruh negeri.

“Mencapai kemenangan itu sukar, tetapi mempertahankan kemenangan adalah lebih berat.

“Semangat di Besut ini perlu digembeleng di semua daerah agar PAS terus menjadi pilihan rakyat pada PRU16,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu 2025 di kota Putera Square, Kampung Raja, hari ini.

Mohd NurKhuzaini turut merakamkan penghargaan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri kerana menjadikan Besut sebagai tuan rumah.

Beliau menambah , setiap jentera parti mesti berperanan di kawasan masing-masing.

“Kita mesti turun ke cawangan, dekati rakyat dan tarik hati mereka untuk bersama parti,” ujar beliau lagi.