BESUT – Seramai 15 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Furqan (SMIDAF) telah menyertai perbarisan sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu yang berlangsung di sini, hari ini.
SMIDAF yang ditubuhkan empat tahun lalu di Besut merupakan sebuah sekolah swasta menengah Islam yang menawarkan pengajian bersepadu merangkumi sijil tahfiz, diniah dan akademik.
Menurut Pengetua SMIDAF, Cikgu Haji Shalahhudin bin Jaafar, penyertaan tersebut adalah satu ruang pendedahan yang sangat baik untuk pelajar mengenali kepimpinan Islam dalam suasana sebenar.
“Saya mewakili pihak sekolah ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak urusetia kerana menjemput dan memberi peluang kepada pelajar kami menyertai perarakan hari ini,” katanya.
Beliau turut berharap agar aktiviti seumpama ini dapat memberi pengalaman baharu yang membina sahsiah dan semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Sekolah tersebut bukan sahaja menumpukan kepada pencapaian akademik semata-mata, bahkan memberi penekanan kepada kegiatan kokurikulum sebagai usaha menyeluruh dalam pembinaan jati diri pelajar.
“SMIDAF adalah sekolah swasta yang ditubuhkan empat tahu lepas di Besut merupakan sekolah menengah yang mengabungkan sijil tahfiz, diniah dan akademik.
“Selain menekankan kurukulum bersepadu dalam bilik darjah ia juga memberikan perhatian kepada kegiatan ko-kurikulum sebagai tambahan kepada pembinaan sahsiah pelajar,”,jelasnya.