PAS Gerakan Islam Bawa Mesej Pembaharuan Untuk Rakyat

362

DUNGUN – PAS bukan hanya sebuah parti yang bergerak atas semangat politik Pilihan Raya semata-mata sebaliknya ia merupakan sebuah gerakan Islam yang membawa mesej Pembaharuan dalam masyarat.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata yang menjadi tunjang kekuatan kepada PAS ialah bersendikan dakwah, tarbiah dan sisasah yang subur.

“Keistimewaan jemaah Islam PAS adalah berbeza dengan parti politik yang lain.

“Kerana kami meletakkan aspek tarbiah sebagai tunjang utama ahli PAS.

“Semoga Allah SWT membimbing kita untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam,”ujarnya ketika dihubungi.

 

Tegasnya, mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun yang telah berlangsung baru-baru ini bukan sekadar medan laporan dan agenda pemulihan menjadi matlamat utama.

“Bahkan ia merupakan ruang muhasabah, menyusun semula langkah serta menyedarkan kembali Azam dan tekad dalam meneruskan perjuangan Islam yang suci ini,” ujar beliau