Israel Tangkap Pengarah Yayasan Pemakmuran al Aqsa, Pemimpin Palestin

868

Peguam dari Jawatankuasa Hak Asasi Manusia “Mizan”, Khaled Zabariqah, menyebutkan bahwa penjajah Zionis Israel ketika ini sedang menyiasat Dr. Hikmat Na’ama, Pengarah Yayasan Pemakmuran al Aqsa dan tempat-tempat suci, berkait dengan peristiwa sebelumnya yang berkaitan dengan masjid al Aqsa. Beliau dibawa ke pengadilan pada Ahad (15/4).

Zabariqah menegaskan, Dr. Hikmat tidak melakukan sebarang kesalahan sehingga ditangkap dan ditahan.” Dr. Hikmat ditangkap hari Sabtu (14/4) di tempat letak kereta awam, puluhan meter dari pintu al Asbat di al Quds. Sebelumnya penjajah Zionis Israel telah mengeluarkan perintah ketenteraan, seminggu lalu, yang melarang beliau masuk masjid al Aqsa selama sebulan penuh.

Sehubungan itu, Timbalan Speaker PLC, Dr. Ahmed Bahar (gambar kanan) menggesa semua pihak memperhebatkan tekanan ke atas kerajaan rejim Zionis supaya membebaskan anggota-anggota Parlimen (MP) yang berada di dalam tahanan mereka. Kegiatan tangkapan politik ini semakin berleluasa kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, Bahar menyeru agar semua pihak memberi sokongan daripada pelbagai segi terhadap MP Ahmed Hajj Ali yang sudah tua dan menderita pelbagai jenis penyakit. MP itu kini sedang melakukan mogok lapar bermula Selasa dan akan diteruskan sehingga beliau dibebaskan.

Dr. Bahar turut melahirkan rasa hairan dengan pendirian membisu organisasi-organisasi antarabangsa dan hak-hak kemanusiaan melihat jenayah terancang ini. Kerajaan rejim Zionis terus-menerus menzalimi dan mencabul hak-hak para anggota Parlimen (MP) yang dipilih sendiri oleh rakyat. Beliau juga merasa hairan berhubung ketiadaan inisiatif yang mengutuk amalan penjajah terhadap para MP.

Justeru, Moushir Al-Masri, jurucakap blok Perubahan dan Reformasi, berkata bahawa penahanan berterusan MP Ahmad Hajj Ali adalah satu bentuk pengingkaran terhadap perjanjian dan bukti dasar pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) yang angkuh terhadap tahanan dan Ahli Parlimen yang dipilih.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa lepas, Masri berkata bahawa IOA yang angkuh dan semberono telah memperbaharui penangkapan MP Ahmed Hajj Ali , 74 tahun, yang telah diculik dan ditukar statusnya kepada tahanan pentadbiran bersama 26 Ahli Parlimen lagi. Masri telah menegaskan bahawa IOA menarik balik keputusannya dalam kebenaran pembebasan awal kepada Hajj Ali selepas 19 hari beliau menjalankan mogok lapar.

Beliau juga menyanjung kesabaran Hajj Ali yang telah menyambung mogok lapar sebagai membantah terhadap penculikan dan hukuman tahanan pentadbiran ke atas beliau, sambil menekankan bahawa perjuangan seumpamanya itu merupakan satu bentuk tekanan yang kuat ke atas rancangan IOA. – sumber palestinkini