Terengganu, Malaysia

Pembukaan DAR Episod Baharu Pendidikan

Pembukaan DAR Episod Baharu Pendidikan

Sekolah DAR Pertama Diwujudkan Di Bukit Besi.

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Pembukaan Sekolah Rendah Islam (DAR) Arab Integrasi Jerangau membawa episod baharu pendidikan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.

Ketua Ameerah DUN berkenaan, Hajar Zainal berkata, ia mewujudkan satu suasana yang kondusif kepada dakwah dan siyasah Islam secara menyeluruh.

“Sebenarnya hasrat penubuhan (sekolah) ini dah lama semenjak tiga tahun yang lalu tetapi mengalami kekangan dan juga menanti Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI).

“Kini diwujudkan diatas faktor (SRIDI) jauh, juga permintaan daripada ibu bapa yang mengadu bahawa sukar untuk diterima masuk ke sekolah SRIDI, jadi kita wujudkan agar memberi peluang kepada semua anak-anak (Bukit Besi) untuk mendalami pendidikan Islam,” ujar beliau yang juga merupakan tenaga pengajar sekolah tersebut.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, mengulas mengenai penubuhan sekolah berkenaan, di sini, pada hari ini.

Jelasnya, penubuhan sekolah berkenaan bukan untuk bersaing dengan sekolah kebangsaan yang sedia ada.

“Ia sama sahaja dari sudut pendidikan dan akademi, cumanya yang membezakan sekolah kita ini lebih kepada Bahasa Arab sebagaimana silibus DAR dibawah PAS Negeri Terengganu ini,” ujarnya.

Sekolah DAR yang baru ditubuhkan itu menurut beliau sebenarnya merupakan anak angkat kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

“Dimana banyak diambil (system) dari Darul Bayan. Semoga penubuhan sekolah ini akan mendapat

Sementara itu mudir sekolah berkenaan, Muhammad Akmal Mazuki berkata buat masa ini kemasukkan pelajar hanya enam orang.

“Melibatkan darjah 3 dua orang dan darjah 1 empat orang dengan tenaga pengajar seramai tiga orang.

“Pelajar-pelajar ini akan mempelajari 12 subjek untuk tahun satu dan tahun tiga akan mengambil 14 mata pelajaran, “ ujar beliau.

Subjek yang dipelajari berkenaan menurut beliau merangkumi lima subjek lima Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).

Pembukaan DAR Episod Baharu PendidikanDalam pada itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, walau permulaan pelajar tidak ramai dimasa akan dating beliau berharap akan berlaku peningkatan pelajar.

“Kita berharap agar pelajar yang mula-mula masuk ini akan menunjukkan prestasi yang baik seterusnya akan menjadi sekolah pilihan kepada warga DUN Bukit Besi.

“Ke arah menjadi sekolah pilihan ibu bapa yang bercita-cita mahu anak mereka mendapat pendidikan berteraskan Islam,” jelasnya.

Untuk rekod, Sekolah berkenaan masih menumpang sementara di Pejabat DUN yang lama, kelak akan berpindah ke bangunan yang lebih baik.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan