Masyarakat Muslim Amerika Syarikat telah mengutip puluhan ribu dolar dalam usah membantu mangsa tembakan sinagoga, rumah ibadat yahudi di Pittsburgh yang menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang mati dan enam cedera.
Kempen yang dibuat melalui laman sesawang ‘crowdfunding Muslim LaunchGood’, bertujuan untuk membantu mangsa, sama ada yang cedera atau keluarga Yahudi yang telah kehilangan orang tersayang.
Ia dimulakan oleh Tarek El-Messidi, seorang pembicara Muslim-Amerika dan pengasas ‘CelebrateMercy’, organisasi bukan keuntungan yang mengajar tentang kehidupan dan watak Nabi Muhammad.
Mengikut pembaharuan halaman promosi itu, matlamat asal sebanyak $25,000 dihimpunkan dalam masa hanya enam jam.
Sasaran kini telah diperpanjang menjadi $50,000, dalam masa sembilan hari lagi.
Pada masa penerbitan pada hari Ahad, jumlah itu melebihi $ 43,000.


























