

Menteri Sementara Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman masih bercakap tentang ‘Akuapolitan angan-angan’ beliau selepas dua tahun pelancaran pelan induk Akuapolitan pada tahun 2016.
Pada hari Ahad 6 Mei, Razif masih berkata, yang juga dikenali sebagai ‘Sea Felda’, adalah satu skim yang serupa dengan peneroka Felda tetapi khusus disesuaikan untuk masyarakat nelayan.
Sedangkan katanya sebelum ini, ia masih dalam kajian dan hampir mencetuskan perbahasan panas di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN), apabila disoal ADUN Bukit Tunggal ketika itu, Dr Alias Razak.
Razif berkata 200 buah rumah merupakan sebahagian daripada fasa pertama pelan induk bersepadu AKN yang dimulakan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan kerajaan negeri Terengganu.
Namun sehingga waktu ini, setelah dibubarkan DUN Terengganu hasil kajian projek yang waktu dilancarkan Perdana Menteri akan menelan kos sebanyak RM10 juta, wang rakyat.
“AKN, yang juga dikenali sebagai ‘Sea Felda’, adalah satu skim yang serupa dengan peneroka Felda tetapi khusus disesuaikan untuk masyarakat nelayan.
“Ia merupakan pembangunan bersepadu yang merangkumi kawasan seluas 22 ekar (8.8 hektar) untuk menarik lebih banyak pelaburan ke sektor perikanan dan pelancongan, sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk rakyat.
“Rumah-rumah bandar, yang disubsidi oleh kerajaan dan harga sekitar RM68,000 seunit, akan ditawarkan kepada peserta AKN yang layak berdasarkan skim” rent-to-own “. Ia akan disiapkan dalam tempoh 18 bulan, ” kata Razif.
Program pecah tanah Razif atas tapak kosong Akuapolitan di Seberang Pak Abu Seberang Takir itu tiba-tiba sahaja diadakan.
Ia pasti ada kaitannya dengan kempen pilihan raya umum kali ke-14, apabila Dr Alias dan calon PAS Seberang Takir, Fazil Wahab, membuat terjahan ke atas tanah kontang di tepi sungai Terengganu.
Dr. Alias yang juga calon PAS Bukit Tunggal menyeru seluruh rakyat Terengganu sedar dan bangkit dan membuat pilihan bijak pada pengundian esok 9hb Mei.
Pelbagai projek kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menjadi sia-sia kerana tidak ada kajian terperinci sebelum projek dimulakan.
Antaranya, menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu Projek Taman Ilmu di Besut yang menelan kos RM400 juta, namun terbiar dan tergendala.
Sementara Fazil menyifatkan, ia adalah satu projek pembaziran yang lebih baik digunakan membantu terus kehidupan nelayan Seberang Takir.




























