Jaga Niat, Allah tahu

1472

Oleh : MNA

Pengajaran dari kisah Peperangan Uhud, hendaklah diambil iktibarnya supaya perjuangan menegakkan agama Allah, akan sentiasa berada di atas jalan yang benar dan diredhai Allah agar mendapat jaminan pahala.

Kisah bagaimana ketua munafik, Abdullah bin Ubay yang memberikan cadangan agar peperangan itu berlangsung di dalam kota Madinah, ditolak oleh rasulullah yang menerima cadangan kumpulan pemuda yang mahu berperang di luar Madinah.

Lalu Abdullah segera menunjuk perasaan dengan menarik 300 orang askar di bawahnya, menjadikan kedudukan tentera Islam menjadi lompang, hasil daripada perbuatan khianatnya itu.

Demikian antara beberapa mutiara nasihat yang telah diberikan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dato’ Hussein Awang ketika menyampaikan syarahan dalam Program Taujihat Pilihanraya PAS Kawasan Besut malam tadi.

Sesungguhnya eputusan Rasulullah itu adalah kerana Allah tahu apa yang ada di dalam hati kedua-dua mereka, yang ikhlas dan yang munafik dalam memberikan idea.

Oleh itu sambung beliau, walaupun rasulullah sudah tiada, tetapi Allah tetap ada dan Dia maha mendengar dan mengetahui apa yang ada di dalam lubuk hati manusia dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Mengulas berkenaan dengan fitnah oleh Naib Presiden PAN, Dato’ Mahfuz Omar, beliau memilih mengambil sikap berdiam diri kerana jawapan Presiden PAS cukup menjelaskan semua fitnah itu dan beliau juga tidak mahu ahli hilang tumpuan dengan fitnah itu.

Beliau juga turut mengecam tindakan SPR yang tela memutuskan hari pengundian pada hari berkerja dan di tengah-tengah minggu yang disifatkan beliau sebagai perancangan jahat oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau menyeru kepada ibu bapa, kaum keluarga agar memberikan keyakinan kepada anak-anak atau saudara mara, untuk pulang mengundi pada hari tersebut.

Hadis mengatakan bahawa jika kita mampu, kita mesti membenci dengan kuasa, jika tidak mampu dengan lisan dan selemah-lemah iman iala membenci dengan hati.

Maka marilah kita zahirkan kebencian kita ini kepada kemungkaran yang dilakukan, seru beliau kepada semua yang hadir.