Bom Beracun Di Syria; Britain Gesa Antarabangsa Bertindak

1759

Kerajaan Britain telah menggesa komuniti antarabangsa untuk bertindak balas melancarkan satu penyiasatan mendesak terhadap laporan terbaharu mengenai serangan bom kimia di Syria.

Menurut agensi pertahanan awam tempatan, ia melanda daerah Douma pada Sabtu, salah satu kubu pemberontak terakhir di timur Ghouta.

“Ini adalah laporan mengenai serangan senjata kimia dengan jumlah korban yang ketara, yang jika betul, ia adalah satu buktikekejaman [Bashar al-] Assad dan penyokongnya terhadap orang awam yang tidak bersalah,

”yang tidak bertanggungjawab terhadap norma-norma antarabangsa,” menurut kenyataan dari Pejabat Luar dan Komanwel.

‘The White Helmets’ berkata dalam catatan di akaun media sosial mereka, bahawa pasukan rejim telah menyerang sasaran di daerah itu di pinggir bandar Damsyik ‘yang kelihatan’ menggunakan gas racun.

 

Menurut sukarelawan itu, ia enyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang awam mati, amgka yang lebih besar menurut laporan lain.

“Penyiasatan segera diperlukan dan masyarakat antarabangsa harus bertindak balas. Kami menyeru rejim Assad dan penyokongnya, Rusia dan Iran,

”untuk menghentikan keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah, ” kenyataan Pejabat Luar Negara Britan itu, menambah.

Pada 24 Februari lalu, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara mengguna pakai Resolusi 2401 yang menggesa gencatan senjata selama sebulan di Syria, terutamanya di Ghouta Timur, bagi membenarkan penyampaian bantuan kemanusiaan.

Namun beitu, rejim Bashar dan sekutunya terus menerus melancarkan serangan darat yang disokong oleh kuasa udara Rusia, bertujuan untuk menguasai bahagian yang dikuasa pembangkang di wilayah itu.

Ghouta Timur merupakan kawasan penenpatan kira-kira 400,000 orang, menjadi sasaran pengepungan rejim yang melumpuhkannya, sejak lima tahun yang lalu.

Awal bulan ini, sebuah suruhanjaya siasatan PBB mengeluarkan laporan yang menuduh rejim melakukan jenayah perang di Ghouta timur, termasuk penggunaan senjata kimia terhadap orang awam.