‘Budak Bawang’ Mencuri Tumpuan Protes Di Sempadan Gaza

1616

“Matlamat saya ialah mengembalikan tanah saya, tanah datuk nenek saya, dan kenangan keluarga saya”.

Itulah apa yang dikatakan oleh seorang kanak-kanak sembilan tahun, Mohamed Ayyash ketika ditanya mengapa dia berada di barisan hadapan ‘protes maut’ berhampiran sempadan Gaza-Israel Jumaat lalu.

Mohamed telah menjadi wajah ‘tumpuan’ protes Hari Tanah di Gaza, yang menuntut hak kembali untuk pelarian Palestin.

Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan lebih 1,000 orang lain cedera apabila penembak tepat (sniper) Israel melepaskan tembakan mensasarkan para penunjuk perasaan yang tidak bersenjata.

Foto-foto Mohamed memakai topeng bawang ‘yang dipertingkan’ dibuat menggunakan bawang putih dan topeng muka menjadi viral di media sosial.

Topeng buatan tangan adalah percubaan kanak-kanak itu untuk mengurangkan kesan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh askar Israel, suatu idea yang diilhamkan kepada Mohamed daripada bapanya.

“Ayah saya cedera dalam Intifada pertama dan menceritakan kisah tentang bagaimana beliau menggunakan (topeng bawang),” kata Mohamed.

“Saya cuba mencipta semula dan kemudian jadi seperti itu, saya tidak menjangkakan gambar saya akan menjadi viral.”

Bassam Ayyash, bapa Mohamed, memberitahu Al Jazeera pada hari Khamis bahawa ‘topeng bawang’ membantu mengurangkan kesan gas pemedih mata pada saraf dan membantu menenangkan diri.

“Ia juga akan membantu anda mengambil bom gas dan memlempar kembali kepada tentera (rejim Israel),” katanya,

Bassam, yang cedera pada tahun 1989 semasa Intifada pertama, berkata beliau bangga dengan anaknya dan tekadnya untuk mengambil balik tanah nenek moyangnya.

 

Keluarga Ayyash pada awalnya telah berpindah dari Yaffa semasa pembersihan etnik Palestin oleh militia Zionis pada tahun 1948. Keluarga mereka kini tinggal di kem Maghazi yang terletak di tengah-tengah Gaza.

Justeru itu, Mohamed mahu kembali walaupun berdepan ancaman tentera Israel.

“Saya tidak takut kepada mereka, mereka takut kepada kami,” kata Mohamed.

“Mereka takut kerana mereka tidak mempunyai tanah di sini, mereka datang dari tanah yang berbeza dan mereka mahu mengambil Jerusalem,” katanya.

Mohamed kehilangan seorang saudara dalam protes Jumaat lalu, dan beberapa yang lain cedera.

Tetapi menurut bapanya, Mohamed bersedia untuk protes baru yang membawa kepada peringatan ulang tahun ke-tujuh Nakba pada 15 Mei, tarikh yang diingati oleh rakyat Palestin untuk menandakan pengusiran dari tanah mereka.

Mujahid berusia sembilan tahun, yang telah menjadi lambang penentangan kepada ramai rakyat Palestin, mempunyai adik perempuan yang lahir pada hari Selasa.

Dia dinamakan Ahed al-Tamimi sempena nama aktivis remaja Palestin yang ditangkap oleh tentera Israel pada Disember 2018 dan telah dipenjarakan sejak itu.

SUMBER: AL JAZEERA NEWS