Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Sumbangan kewangan daripada ahli dan penyokong PAS masih diperlukan bagi menampung kos pembicaraan terhadap Sarawak Report (SR).
Setiausaha Agung PAS, Dato Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak RM250,000.00 telah dibayar kepada peguam yang mengendalikan kes saman berhubung fitnah yang dilemparkan portal itu.
“Pada 2hb Ogos, perbicaraan berlangsung..……hakim di London bersetuju dengan hujah-hujah dari ‘lawyer’ Tuan Guru Haji Hadi (Presiden PAS) yang menafikan dakwaan Miss Brown,” jelas beliau.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ceramah Penutup Himpunan PAS Kawasan Dungun kali kedua (HIMPUN2.0) di Pulau Serai di sini pada 9 September.
Takiyuddin menambah, dalam perbicaraan hari tersebut, hakim memutuskan bahawa pihak Presiden PAS menang dalam kes sebutan awal dan mengarahkan Claire Rewcastle Brown, membayar kos 15,000 pound diatas penanggungan kos perbicaraan.
“Bayaran mesti dibuat pada jam 4.00 petang, 23hb Ogos 2017, Miss Brown merayu penangguhan bayaran dan rayuan tersebut ditolak oleh Hakim,
“Brown masih tidak lagi memasukkan lagi pembelaan diri beliau pd 23hb Ogos,” ujarnya.


“Rumusannya, saman Sarawak Report adalah untuk membersihkan nama Islam dan nama jamaah Islam PAS yang dipalit dengan isu-isu seperti rasuah,” tegasnya.
Sebelum itu, beliau mengingatkan Pilihan Raya Umum ke-14 esti diadakan tidak melebihi Jun 2018 dan tempoh itu kurang, dari sembilan bulan sahaja dari sekarang.




























